Syukur alhamdulilah......
Berkat usaha pejuang-pejuang kemerdekaan maka negara kita kekal merdeka selama 54 tahun sejak 1957 lagi. Sejauhmana kita sebagai rakyat Malaysia berusaha untuk mengekalkan KEMERDEKAAN yang kita nikmati sekarang?? Cuba kita renung sejenak apa yang kita lakukan untuk negara kita yang aman, damai dan sejahtera ini?
Tema Hari Kemerdekaan : “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” . Namun sambutan Hari Merdeka hanya akan diadakan pada 16hb September 2011 sempena Sambutan Hari Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama2 kibarkan jalur gemilang untuk menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan negara kita Malaysia. Tanggal 31hb Ogos 2011 merupakan tarikh keramat dimana Hari Raya Aidifitri sama tarikh dengan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia
Keamanan dan kesejahteraan negara juga membolehkan kita rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh meriah dan harmoni. Untuk semua rakyat Malaysia yang beragama islam, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN, berhati-hati dijalanraya moga selamat sampai ke destinasi yang dituju & ingat orang yang tersayang.
No comments:
Post a Comment