Friday 30 September 2011

MAJLIS PELANCARAN DASAR LANDSKAP NEGARA

YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj.Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malayisa telah hadiri untuk merasmikan Majlis Pelancaran Dasar Landskap Negara di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, pada pagi 30.9.2011.

Turut hadir Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan YB DAtuk Seri Panglima Hj.Lajim bin Hj.Ukin.

Pemimpin tempatan yang hadir sama adalah Ketua UMNO Bahagian Serdang-Dato Hj.Mohd Fathil bin Daud, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Mej(B) Abdul Rahim, Dato Liew Yuen Keong-Pengerusi MCA Bahagian Serdang dan barisan kepimpinan UMNO, MCA dan MIC Bahagian Serdang. 

Sunday 25 September 2011

MAHASISWA UKM BERSAMA MASYARAKAT

Pagi tadi mahasiswa dari Kolej Keris Mas, UKM telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan di tujuh Rukun Tetangga (RT) di sekitar Bandar Baru Bangi dengan menaiki bas.


Majlis pelancaran program dilakukan oleh Penyelaras Dun Bangi YBhg. Dato Mohd Fathil Bin Daud merangkap Ketua UMNO Bahagian Serdang. Hadir sama Penyelaras RT Parlimen Serdang Tn.Mej (B) Abdul Rahim merangkap Tim.Ketua UMNO Bahagian Serdang, Pegawai Perpaduan Pn.Ziela, Pengetua Kolej Keris Mas Dr. Roslin Amir. Pengarah Program adalah YDP Kolej iaitu  Sdr.Adram.


Program ini adalah aktiviti julung kali diadakan dengan oleh Mahasiswa Kolej Keris Mas bersama Jabatan Perpaduan dan UMNO Bahagian Serdang. Semua mahasiswa diserahkan kepada RT angkat dimana setiap pengerusi RT hadir dan bersama-sama mahasiswa untuk program setengahari suntuk dan balik semua ke kolej dengan menggunakan bas UKM.

Program ini mendapat sambutan luar biasa dari kalangan mahasiswa dan penduduk setempat serta pemimpin UMNO. Melalui program ini mahasiswa mendapat ilmu baru berbakti dan beramah mesra dengan masyarakat.Tahniah pada mahasiswa, tahniah kepada kepimpinan UMNO Bahagian Serdang membimbing generasi muda, mendampingi generasi Y berbakti dan berkhidmat bersama masyarakat.

Saturday 24 September 2011

LAWATAN TPM: UKM DAPAT DURIAN RUNTUH

Perjumpaan Khas YAB Tan Sri  Dato' Hj.Muhyiddin Mohd Yassin, TPM di UKM mendapat sambutan luar biasa dari seluruh warga UKM serta turut dihadiri oleh pemimpin BN.

Bagi memperkasakan bidang penyelidikan dan inovasi universiti, TPM telah menyerahkan cek sejumlah RM10,124,268 untuk Penyelidikan LRGS, FRGS, ERGS, PRGS dan RM100,000 untuk STEM.

Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh dipenuhi oleh warga UKM dan pemimpin parti komponen BN sejak pagi dimana semua hadiri telah diberikan taklimat oleh YB Senator Dato' Sri Idris Jala dengan membentangkan kemajuan GTP & ETP. Selepas taklimat, pelajar dan kakitangang UKM berpeluang berdialog secara langsung dengan YB Senator Dato Idris Jala.


Sejurus selepas itu semua hadirin mendapat taklimat dan penjelasan khas dari YAB TPM. Pelajar, persatuan kakitangan UKM dan pensyarah turut dapat berinteraksi secara langsung dengan YAB TPM.

Moga kunjungan TPM bersama warga UKM dapat membuka lembaran baru untuk semua bagi membantu kerajaan menjayakan dasar-dasar yang telah dirancangkan dan sedang dilaksanakan. Penerangan telah disampaikan dan persoalan juga telah dijawab oleh TPM semasa sesi dialog.

Friday 23 September 2011

WARGA UKM BERSAMA TPM- YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


23.9.2011 (Jumaat) Warga UKM akan berdialog bersama pemimpin negara. YAB TPM- Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengada Lawatan Rasmi ke Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh. Majlis dimulakan dengan kehadiran YB Dato Idris Jala.


Tahniah kepada semua warga UKM khususnya para Pensyarah,Pentadbir dan Mahasiswa serta Alumi UKM atas kehadiran YAB TPM untuk berdialong bersama anda. Moga perjumpaan hari akan memberi impak dan nafas baru sokongan warga UKM terhadap kepimpinan negara Malaysia.

Wednesday 21 September 2011

AHL MAJLIS MPKJ & BAKAL CALON DAP DUN BALAKONG BIADAP???


Hangat diperkatakan oleh kakitangan MPKJ, pemimpin DAP iaitu Lee Kee Hiong, Ahli Majlis MPKj ini sering berlaku biadap dan memandang rendah orang Melayu khususnya.....

Cuba kenalpasti muka ni??? Layak ker beliau menjadi YB di Balakong??? atau Pemimpin Rakyat?  INFO Beliau merupakan antara pemimpin DAP yang dikatakan bakal menjadi calon di Balakong ..
Baru berkuasa sudah naik toncang.... inikah semangat orang Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum... sesuka mak bapak dia memaki hamun orang...


Untuk info penuh sila layari  http://www.selangordaily.com/?p=2580

MAT SABU MENGAKU TIDAK BERSALAH....

Hari ini 21.9.201,1 TIMBALAN Presiden PAS, Mohamad Sabu diiringi penyokong ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini selepas beliau didakwa membuat fitnah yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu. Pemimpin PAS itu dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 serta seorang penjamin.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi. Mahkamah Seksyen Butterworth hari ini memutuskan Mat Sabu akan di dakwa dibawah SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN. Ikmal Hishan juga menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes.

Akta ISA dah dimansuhkan kalau tidak... agak2nya habislah MAT SABU.... Tapi jangan lupa, negara kita Malaysia masih mempunyai undang-undang lain untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam.

Nasihat untuk semua rakyat Malaysia... jangan nak jadi HERO MALAYA sanggup mengadai Negara, Melupakan Pengorbanan Pejuang-Pejuang Kemerdekaan., Agak2 lah pun..

PELETAKAN JAWATAN JURULATIK BOLA SEPAK SELANGOR

K Devan sah letak jawatan sebagai Jurulatih Selangor. P Maniam ambil alih sementara sebagai jurulatih.


Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media khas di Padang SUK, Shah Alam, semalam.

“Devan menyatakan hasrat kepada FAS untuk mengundurkan diri, selepas Selangor kalah kepada T-Team pada pertembungan Piala Malaysia, Sabtu lalu.
 
Buat penyokong Bola Sepak Selangor, jangan cepat melatah, tetapkan sokongan anda.. Tengok tu baru jersi dah baru...apa lagi ...semangat baru...

Sunday 18 September 2011

KECOH RUMAH TERBUKA ADILFITRI PAKATAN RAKYAT SERDANG

Kerjasama PAS+DAP+PKR amat baik begitu kata Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching.... betul ker? 18.9.2011, jamuan bermula sekitar 12 tengahari  bertempat di Stadium Mpkj Seksyen 15 BBB

Orang ramai KECOH sebab terpaksa duduk merempat untuk menikmati jamuan hari raya dan terpaksa berhujan kerana khemah tak cukup... Gamba 1: YB-YB jer yang duduk selesa menikmati jamuan di khemah khas VVIP... (Dalam gambar Adun Bangi dan Ahli Parlimen Serdang)  Apa dah jadi lah...

Gambar ke-2,  Cuba tengok tu...kasihan sungguh..nak makan pun susah..., tapi pemimpin mereka sedap makan di meja khas untuk VVIP... rakyatnya dilayan macam pengemis minta makanan jer... Ini ker konsep negara BERKEBAJIKAN

Keadaan ini amt jauh berbeza dengan situasi di Rumah Terbuka UMNO Bahagian Serdang, dimana semua pengunjung disediakan khemah dan tempat makan yang selesa..


Gambar ke-3 yang pulak semasa Rumah Terbuka UMNO Bahagian Serdang pada 11.9.2011 yang bermula jam 11 pagi hingga 4.00 petang. Rakyat dan Pemimpin sama jer dapat duduk dimeja makan, makanlah seberapa lama yang nak...duduk lah sesuka hati..tak payah nak berhujan atau berpanas..

Friday 16 September 2011

TRANFORAMSI POLITIK: PM UMUM ISA DIMANSUHKAN

Jam 8.45 malam tadi YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa perkara penting untuk semua rakyat Malaysia. Pengumuman khas ini bertepatan dengan Sambutan Hari Malaysia esok 16 Sept 2011. Hari Malaysia telah diwartakan sebagai Cuti Umum sejak tahun 2009.


PM telah mengumumkan pemansuhan ISA, Perkara 49, pindaan kepada seksyen 27 Akta Polis, pemansuhan lesen tahunan kepada suratkhabar dan kajian semula kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Kediaman Terhad termasuk beberapa akta lain akan menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman. Keputusan dibuat sejajar dengan Program Tranformasi Politik 

Kerajaan akan memperkenalkan dua undang-undang baru sebagai gantian kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Adakah undang-undang baru ini berjaya diluluskan dalam sidang kabinet kelak?? Kita sebagai rakyat Malaysia berharap segala usaha penambahbaikan akan berjaya.

Langkah untuk pelaksanan Program Tranformasi Politik telah dilakukan oleh YAB PM jelas beliau seorang PM yang amat berani.

Adakah ini membayangkan PRU13 semakin hampir...???

Sunday 11 September 2011

PM TERHARU SAMBUTAN LUAR BIASA PENGUNJUNG

Waaah, hebat sungguh sambut penduduk di sekitar Pulau Pinang menyerbu Rumah Terbuka 1Malaysia Aidilfitri Merdeka di SMK GUAR PERAHU, Permatang Pauh yang juga turut dihadiri tetamu khas iaitu Perdan Menteri Dato Seri Najib Tun Abd Razak . 30 ribu pengunjung hadir...tahniah penduduk Penang.

Jelas orang Penang dah muak dengan penipuan PR... walau pelbagai usaha provokasi dilakukan oleh pihak PR untuk mengagalkan majlis ini namun GAGAL... Lihat situasi ini macam suasana PILIHANRAYA jer... WAJAR ker PKR, DAP & PAS letak bendera diprogram BN??? Harap ini petunjuk yang baik untuk BN pada PRU13 nanti.


 Cuba perhatikan betul-betul muka Ketua Menteri Pulau Pinang? Agaknya malam ni Lim Guan Eng tak dapat tidur......

 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, barisan menteri kabinet dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri turut hadir mengiring PM

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)  bermula dengan acara sentuhan rakyat oleh Perdana Menteri dan pemimpin BN dengan berkunjung ke rumah Norasmah Othman (41), suri rumah yang terpaksa bekerja untuk menyara enam orang anak selepas suaminya menghidap penyakit kulit kronik.

Norasmah menerima bantuan untuk membaik pulih kediamannya daripada KPKK menerusi penyeliaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan sumbangan daripada pelbagai pihak lain.

Saturday 10 September 2011

TELCO KENAKAN CAJ 6% UNTUK KAD PRABAYAR

Caj 6% untuk semua pengguna kad prabayar atau prepaid telekomunikasi akan bermula 15 September 2011.

Apakah kewajaran syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan caj tambahan ini? Tanpa caj baru ini pun syarikat-syarikat telekomunikasi sudah memperolehi keuntungan berlipat kali ganda. Adakah TAMAK menjadi punca ??? atau sengaja sabotaj kerajaan.

Sebagai pengguna khidmat telekomunikasi sukalah kiranya TELCO membatalkan niat tersebut bagi satu tindakan tanggungjawab sosial syarikat (CSR) syarikat terhadap rakyat Malaysia.

Thursday 8 September 2011

PUTERI UMNO SELANGOR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MAT SABU


PUTERI UMNO SELANGOR & NGO hari ini 8hb Sept 2011 membuat laporan polis terhadap tindakan Mat Sabu yang pro-komunis berhubung isu Trajedi Bukit Kepong.

Setelah banyak laporan polis dilakukan terhadap Mat Sabu, kita tunggu apa pulak tindakan KDN??? Cepat bertindak sebelum perkara yang lebih memudaratkan berlaku....

Saturday 3 September 2011

Al-Fatihah Buat Jurukamera Bernama TV di Somalia

Al-Fatihah buat arwah Noramfaizul Mohd Nor (41 tahun) jurukamera Bernama TV yang telah meninggal dunia jam 11.07 malam waktu Malaysia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia.

Marilah kita bersama-sama berdoa dan perbanyakkan Al-Fatihah kepada arwah tersebut. Kematian beliau shahid kerana Allah, Negara dan Memartabatkan Bangsa.... 

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita menadahkan tangan memohon kepada Allah agar semua Sukarelawan Malaysia di Somalia diberikan perlindungan dan keselamatan dalam melaksanakan misi bantuan kemanusian ini.