Saturday 10 December 2011

Simulasi Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

BR1M: BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN


Hari ini 10.12.2011 tarikh penting kepada semua rakyat/isirumah berpendapatan bawah RM3,000 kebawah untuk mendapatkan dan mengisi Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diseluruh Malaysia. Syaratnya MESTI WARGANEGARA MALAYSIA. Dokumen Wajib: salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera & salinan gaji. Tempoh pendaftaran 10.12.2011 hingga 10.1.2012. Pembayaran dibuat mulai 15.1.2012.

BRIM diumumkan oleh PM semasa pembentangan bajet 2012. Usaha ini merupakan bukti kerajaan amat prihatin dengan permasalahan dan kesejahteraan rakyat.

BRIM diagihkan kepada semua rakyat tidak kira apa parti bukan untuk orang UMNO sahaja malah kepada PAS, PKR, DAP dan yang lain lagi walaupun puak2 pembangkang ini tidak pernah menerima usaha penambahbaikan kerajaan BN secara positif sebalik berusaha untuk mengagalkan semua dasar-dasar kerajaan.

Info untuk penduduk dikawasan Parlimen Serdang, Borang BR1M boleh didapati di
1. Pejabat Penyelaras BN Dun Bangi/Pej.UMNO Bhg Serdang di No.29A, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.
2. Pej.Penyelaras BN Dun Balakong/Pej.MCA Bt.11, Cheras (03-9075 3548/012-3392989)
3. Pej.Penyelaras Bn Dun Seri Kembangan/Pej.MCA Seri Kembangan
4. Ketua Pusat Daerah Mengundi (Ketuan PDM UMNO/BN)
5. Ketua Kampung JKKP
6. Pej. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Hentian Kajang.
7. Sekolah Bandar Baru Bangi
8. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Balakong
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan

Borang BR1M telah pun diedarkan melalui PDM-PDM dan Ketua-ketua Cawangan. Sila cari dan jumpa Ketua PDM atau Ketua Cawangan di kawasan anda untuk mendapatkan borang tersebut. Borang juga boleh didapati di Pejabat UMNO Bahagian Serdang, NO29A, Jalan 4/12, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-8925 5978 / 03-8926 9206 / 03-8926 1489 Fax : 03-8921 1520Waktu Pejabat beroperasi : 9:00pagi - 5:30petang ( Isnin - Jumaat )


Pesanan untuk semua pemohon BR1M jangan GUNA KHIDMAT ORANG TENGAH terutamanya pembangkang, BORANG ADALAH PERCUMA, sila lapor kepada pihak berwajib sekitarnya ada pihak tidak bertanggungjawab menjadi ULAT untuk mengaut keuntungan atas kelemahan orang lain.

Wednesday 30 November 2011

LISA SURIHANI BERSAMA PUTERI UMNO


Perhimpunan Agung Puteri Malaysia hari ini 30.11.2011 dihangatkan dan diserikan lagi dengan kehadiran artis muda yang menjadi idola golongan muda iaitu Lisa Surihani dan Serina Redzuan.

Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO. Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan Puteri UMNO.




Mesti PR tak senang duduk artis pujaan ramai hadir memberi sokongan dalam majlis golongan muda UMNO.... Lihatlah betapa cantik dan ayu Lisa Surihati mengayakan baju pink puteri...

Tuesday 29 November 2011

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MALAYSIA 2011


Perhimpunan Agung UMNO Malaysia sedang berlangsung mulai 29.11.2011 hingga 3.12.2011 di PWTC, KL. Selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO seluruh Malaysia.

Majlis Perasmian serentak Persidangan Perwakilan WANITA, PEMUDA & PUTERI UMNO 2011 oleh TPM- Menunjungi Survival Bangsa: Satu Jihad

Kehadiran sekitar 2,800 perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri berhimpun di Dewan Merdeka untuk perasmian serentak perhimpunan agung ketiga-tiga sayap UMNO.Wanita membabitkan 944 perwakilan, 942 Pemuda dan Puteri - 934 orang


Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden parti.
Banyak kata-kata amanat disampaikan oleh TPM dalam ucapan perasmian untuk dijadikan peringatan, pelaksanaan dan dihayati oleh semua ahli UMNO menjelang PRu13 yang akan diadakan bila-bila masa.

-PRU13 pilihanraya paling genting
-ingatan bekerja luar biasa untuk ujian paling getir pada PRU13
-Winable Candidates beri peluang kepada pihak atas menentukan calon yang boleh menang, jangan sabotaj calon dan parti.
- pastikan parti menang
- Wanita dikenali melalui "SKUAD SAYANG"
- Pemuda UMNO diberi ingantan "Biar putih tulang jangan putih mata"
- PAS tukar slogan negara berkebajikan, tapi isu air kat Kelatan pun tak selesai masih bermahu bermimpin negara berkebajikan..
- PAS tidak mampu mengantikan UMNO kerana jelas DAP GANTI PAS kerana kini DAP penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh PR
- orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT

Pemuda-tunjang UMNO, Wanita-Srikandi, Puteri-Permata UMNO

Monday 21 November 2011

TPM: Anugerah Ilham Desa Penghargaan untuk Masyarakat Luar Bandar


Patutlah ada pihak cuba sabotaj bahan promosi program TPM, sasaran penganjur orang ramai yang hadir hanya 5,000 orang tetapi yang hadir lebih ramai sekitar 8,000 orang. Keadaan ini membuktikan masyarakat desa yakin hanya kerajaan BN sahaja benar-benar membantu rakyat.

MAJLIS ANUGERAH ILHAM DESA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 & PELANCARAN PORTAL MyIdeas@Rural telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pagi tadi di SMK Bandar Seri Putra. Turut hadir Menteri Kemajuaan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), YB Dato' Seri Mohd Shafie Hj.Apdal.




Anugerah Ilham Desa merupakan satu usaha dimana masyarakat desa bersatu dan memperterjemahkan ilham yang bernas untuk memingkatkat sosioekonomi masyarakat.
Objektif Anugerah :-
1. Mengetengahkan ilham & inovasi penduduk kampung dalam menghasilkan projek sosioekonomi
2. Meningkatkan pendapatan penduduk & menjadi pemangkin kepada kemajuan kampung.
3. Menyemarakkan aktiviti sosioekonomi kampung ke arah pengupayaan warga desa
4. Menyediakan forum perkongsian pengalaman & meningkatkan kemahiran penggunaan ICT.

Saturday 19 November 2011

SABOTAJ PROGRAM TPM BUKTI ADA PIHAK TAKUTKAN BN


Tn.Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin-Tim.Ketua UMNO Bahagian Serdang dan pemimpin setempat yang bertanggungjawab memastikan kelancaran program kecewa kerana 72 bunting hilang.

Program Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 akan diadakan pada 21.11.2011 (Isnin) di SMK BANDAR SERI PUTRA, BANGI. Program ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenapa ada pihak cuba sabotaj program BN yang bertujuan untuk mengiktiraf jasa dan khidmat golongan desa???? Selama PR menguasai Selangor pihak BN tidak pernah mensabotaj banner, bunting atau apa sahaja bahan edar lain khususnya PR untuk mempromosikan program mereka. Adakan ada pihak sudah merasa tergugat di Selangor???? Sah BN semakin popular dan lebih membela rakyat..

Saturday 12 November 2011

BALAKONG: MASALAH JALAN BERLUBANG BILA NAK TURAP???


Penduduk kecewa dengan pihak berwajib PBT MPKj, Ahli Majlis & Adun Balakong yang dianggap "TIDOR" kerana masalah jalan banyak berlubang dibiarkan tidak diturap dengan segera hingga merbahayakan keselamat pengguna jalan raya.

Contohnya cuba tinjau jalan-jalan berikut
1. Bandar Tun Hussein Onn, Balakong-depan pejabat Udaland, Restoran JM Bariani, KFC, Pizza Hut.
2. Jalan Tembusu 6, Taman Impian Ehsan.
3. Jalan sekitar taman di Taman Bukit Belimbing.


Tengoklah sendiri, ini lubang kalau jumpa ada emas bolehlah juga buat belanja kos repair kereta yang rosak, sekarang nak claim dengan siapa kos repair kereta ni???? Cuba jawab??? PRU13 nanti tunggu lah suara rakyat...

Sunday 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2011


10 Zulhijah 1432. 6 Nov 2011 (Ahad) merupakan tarikh paling istimewa dan perlu dihayati dan diingati oleh semua umat islam diseluruh negara agar memahami pengerti ibadah qurban.

Selamat Hari Raya Aidil adha & Moga Selamat Pergi & Balik ke Kampung Halaman kepada semua umat islam di seluruh tanah air.

Moga kehadiran Aidiladha tahun ini memberi seribu maknan kepada kita semua. Diharapkan kita dapat berkorban demi Agama kita dan dapat bersatu mempertahankannya. Didoakankan jangan ada yang lupa demi untuk dapat dapat sokongan dan pengaruh politik orang Kafir.. Apatah Kafir ini mahu memusnahkan Agama dan bangsa kita.. Ingat walau berbeza fahaman politik, harap demi agama kita sanggup berkorban apa sahaja

Wednesday 2 November 2011

INFO: RANG UNDANG-UNDANG KERJA 1955 (PINDAAN 2011)

Kementerian Sumber Manusia telah melakukan pembentangan dan Pindaan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 Okt 2011.


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),Presiden MTUC Khalid Atan membantah dan akan mengadakan piket 3 Nov 2011 khususnya berkaitan Kontraktor Tenaga Kerja.

Objektif cadangan pindaan:
1. Menyesuaikan dengan keperluan semasa
2. Memantapkan penguatkuasaan undang-undang

Maksud istilah:-
Prinsipal - Individu/syarikat yang menjalankan perniagaan/perusahaan.
Kontraktor - Individu/syarikat yang mempunyai kontrak dengan prinsipal untumenjalankan kerja-kerja yang diusahakan oleh prinsipal
Sub-kontraktor - Individu/syarikat yang mempunyai kontrak dengan kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja yang diusahakan oleh kontraktor.

Tujuan pindaan:
Kontrak tenaga kerja boleh dilakukan melalui:-
i. Kontrak pembekalan tenaga kerja sahaja
ii. Kontrak menjalankan kerja-kerja menurut skop kerja dalam kontrak dan membekalkan pekerja untuk melaksanakan kerja tersebut.

Undang-undang sebelum ini hanya meliputi perhubungan kontrak pembekalan pekerja subkontraktor kepada kontraktor atau subkontraktor. PINDAAAN bertujuan untuk memperjelaskan lagi kedudukan dan liabiliti prinsipal, kontraktor, subkontraktor, dan kontraktor tenaga kerja. Menyelesaikan isu-isu pertikaian buruh seperti kegagalan pembayaran gaji dan faedah-faedah lain serta menentukan majikan sebenar kepada pekerja-pekerja yang dibekalkan.

Pindaan dilakukan setelah meneliti cadangan dan sokongan daripada NATIONAL UNION OF PLANTATION WORKERS (NUPW) memandagkan amalan ini telah berlaku sejak dulu terutama di sektor perladangan. NUPW 1970 telah membentangkan kerja kerja ILO-ASIA PACIFIC REGIONAL SEMINAR DI NEW DELHI, INDIA dan mencadangkan KONTRAKTOR TENAGA KERJA perlu DILESENKAN & DIDAFTARKAN supaya dapat meningkatkan ketelusan dalam pengurusan sistem ini, memudahkan penguatkuasaan undang-undang & menjaga kebajikan pekerja tersebut.

Untuk lebih permahaman sila klik http://www.mohr.gov.my/pdf/law_kerja2011.pdf
http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2011/DR152011.pdf

JELASNYA PINDAAN UNDANG-UNDANG INI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PIHAK TERLIBAT IAITU MAJIKAN, PEKERJA DAN PEMBEKAL TENAGA KERJA.... KENAPA PERLU ADA PIKET ATAU BANTAHAN???????? APA HAL TUJU MTUC SEKARANG???

Tuesday 25 October 2011

1 MALAYSIA: SELAMAT HARI DEEPAVALI

Esok 26.10.2011 merupakan cuti umum sempena Hari Deepavali.
Kepada semua masyarakat India beragama Hindu, Selamt Hari Deepavali.
Special Wishing to all hindus in Malaysia..... 1Malaysia: ‘Deepavali Vaalthukal’ and a very happy Deepavali. May it bring the light of happiness & harmony to all Malaysians

Kejayaan kerajaan mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara patut dipuji dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia. Moga semua rakyat Malaysia bersama-sama kerajaan memajukan, mensejahterakan negara dan hindari pihak2 yang cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.

Sunday 23 October 2011

10 DEKLARASI HIMPUNAN SEJUTA UMAT

Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun)mengemukakan 10 deklarasi:

1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

2) Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tiada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.

6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program penerangan menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha menggugat kesucian Islam.

8) Menyeru semua institusi dalam masyarakat teruatamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas mendidik anak-anak dan waris terdekat daripada terjebak dalam aktiviti pemesongan akidah.

9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada media cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10) Menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir,melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Saturday 22 October 2011

SELANGOR akan menghadapi krisis air 2014 ???



Majlis Penerangan Perdana Selangor pada 22.10.2011 di Dewan Utama UPM. YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa Selangor akan menghadapi krisis air pada 2014. Beliau berharap projek logi air di Empangan Langat 2 dapat dilaksanakan segera.

Lawatan sehari di Selangor jelas menampakkan kepercayaan rakyat negeri itu terhadap BN yang ternyata terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan pada pilihan raya umum lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat menyarankan parti komponen BN segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing dan tidak menunggu sehingga tiba Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa. Bimbang dengan pergeseran dalaman parti, Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau telah mengadakan proses pertemuan dengan pemimpin parti komponen bagi membincangkan soal persiapan parti masing-masing menghadapi PRU nanti.Beliau telah memanggil beberapa pemimpin bahagian dan memaklumkan kedudukan bahagian mereka seterusnya langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki hubungan dan masalah sesama mereka.


"Jangan kita rasa yakin atau rasa selesa, kita punya tugas yang masih mencabar...banyak tanggungjawab yang perlu kita perlu laksanakan tetapi yang paling utama ialah perpaduan dalam parti," katanya.
Muhyiddin berkata untuk mencapai kejayaan pada PRU ke-13 nanti, semua ahli parti komponen BN di semua peringkat perlu bersatu.

Friday 21 October 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT

Jom sama-sama kita jayakan program Himpunan Sejuta Umat Selamtkan Aqidah pada 22.10.2011 jam 2 petang bertempat di Stadium Utama Shah Alam, Selangor.

Menurut penganjur HIMPUNAN adalah sebuah perhimpunan aman yang diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat islam serta mencemarkan kedudukan islam sebagai agama rasmi persekutuan. Untuk info lanjut sila layari wwww.himpunan.org


Sebagai umat islam marilah sama-sama kita pertahankan maruah dan martabat agama kita & bersatupadulah umat islam tidak kira umur, jantina, status & parti politik dalam menegakkan aqidah umat islam.

Sunday 16 October 2011

Anwar Ibrahim Benarkan Kalimah Allah Diguna Kristian.wmv



Anwar Ibrahim berucap di hadapan bishop bishop gereja waktu berkempen di Batang Air, Sarawak pada 2009. Untuk undi, Anwar Ibrahim sanggup gadai agama.

Saturday 15 October 2011

MAHASISWA UPM MENGHARGAI KEPRIHATINAN YAB PM



Pagi tadi semua bakal graduan asyik sibuk berposing untuk mengambil gambar kenang-kenang sebagai tanda meraihkan kejayaan menamatkan pengajian dalam apa jua bidang yang dipelajari. Namun yang paling menarik perhatian adalah satu banner yang besar yang tertulis "TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MENTERI YAB DATO' SRI NAJIB ABDUL RAZAK ATAS PEMBERIAN BAUCER BUKU RM200 BEBAN MAHASISWA DAPAT DIKURANGKAN"

Majlis Konvokesyen di UPM berlangsung mulai 15-19 Oktober 2011. Tahniah UPM telah melahirkan 7,327 graduan: 369 Doktor Falsafah, 1,816 Master, 4,744 Ijazah Bacelor & 398 Diploma.

Wednesday 12 October 2011

TUN MAHATHIR: BERPESAN KEPADA UMAT ISLAM MALAYSIA AMBIL IKTIBAR DI SINGAPURA & SELATAN THAILAND



Setiap peserta seakan-akan tidak sabar menanti ucaptama Tun Mahathir pagi tadi di DECTAR, UKM. Semua hadirin mengamati dan mendengar dengan teliti setiap ucapan dari bekas PM. Beliau merupakan pemimpin idola.


Tun Mahathir meningatkan umat islam di Malaysia mengambil iktibar dari situasi yang berlaku terhadap umat islam seperti di Singapura dan Selatan Thailand.

Tun Mahathir berpesan agar umat islam mengekalkan perpaduan walaupun berbeza fahaman politik. Beliau berharap agar umat islam kaya, supaya tidak meminta-minta kepada bangsa asing kerana natijahnya orang yang berhutang/meminjam akan terhutang budi dan akhirnya akan sanggup mengadaikan maruah bangsa dan agama.

Sunday 9 October 2011

PENDUDUK DI TAMAN SRI LANGAT KAJANG, KECEWA..

Pagi tadi penduduk di Taman Sri Langat, Kajang telah bersama-sama kepimpinan BN berbincang dan mengadakan perjumpaan berkaitan isu dan permasalahan penduduk disini. Antara pemimpin BN yang hadir adalah Ketua MCA Bahagian Serdang iaitu Dato Liew Yuen Keong, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Mej(B) Abdul Rahim Mohd Amin, Naib Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Hj.Abdul Kadir Selamat, Ketua MIC Bahagian Serdang-Tn.Rawisandran dan ramai lain.



Banyak aduan dan ketidakpuasan penduduk dibincangkan bersama. Permasalahan yang wujud disebabkan MPKj gagal melaksanakan tanggungjawab. Antara aduan yang dikemukakan oleh penduduk adalah masalah longgokan sampah,kayu-kayu pembinaan terbiar berlonggok, bangunan yang lusuh, rumput-rumput panjang & terbiar tidak dipotong, taman permainan dipenuhi sampah dan alatan permainan kanak-kanak rosak dan memerbahayakan penggunanya khususnya kepada kanak-kanak dan banyak lagi.

Nurul Izzah tidak berpuashati dengan Bajet 2011




Kenapa agak nyer Nurul Izzah macam tidak berpuashati jer dengan pengumuman Bajet 2011 yang telah dibentangkan oleh YAP PM Dato Seri Najib Tun Razak ????

Friday 7 October 2011

BAJET 2011: DASAR TRANSFORMASI NASIONAL-BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA

Tema: DASAR TRANSORMASI NASIONAL -  BAJET MEMBELA RAKYAT

YAB PM TELAH MENGUMUMKAN BAJET 2011:
Peruntukan perbelanjaan bagi 2012 seperti berikut:-

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Mengurus  - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
1. PERBELANJAAN MENGURU S (RM 181.6 bilion)
    1. Emolumen
    2. Perkhidmatan
    3. Perbelanjaan & bayaran tetap
    4. Perbelanjaan lain
2. PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (RM 51.2 bilion)
    1. RM 29.8 bilion - Sektor Ekonomi
    2. RM 13.6 bilion - Sektor Sosial
    3. RM 1.4 billon - Pentadbiran Am
    4. RM 4.4 bilon - Pembangunan Sektor perkhidmatan
    5. RM 2 bilion - Simpanan luar jangka

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pendidikan percuma... tak perlu bayar yuran sekolah. Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global. RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Kakitangan awam Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
PESARA: 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus
Pesara tentera akan diberikan latihan khas untuk menceburi bidang baru.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera dapat RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi


Skim rumah pertama: Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah. Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

 Teksi persendirian. Pengecualian 100 peratus duti eksais & cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.Pengecualian bayaran balik duti eksasis & cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih 7 tahun yang dijual atau tukar milik. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian. Bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih 7 tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

SKIM PERSARAAN SEKTOR SWASTA
Cadangan naikkan caruman majikan dari 12% kepada 13%.

PENDIDIKAN
Bantuan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Boucer RM 200 untuk pelajar IPTA/IPTS/Tingkatan 6.

KEMUDAHAN KESIHATAN PERCUMA
Umur 60 tahun tak payah bayar apa-apa.. diklinik-klinik atau hospital kerajaan.

Ahli Parlimen akan dapat kemudahan dan peruntukan......... akan diumumkan kemudian.

BONUS: Kakitangan awam akan dapat 1/2 gaji lagi yang akan dibayar pada bulan Disember 2011 nanti, jadi untuk 2011 penjawat awam dapat 1 bulan gaji. Orang Pencen pun akan dapat RM500 bonus tambahan.

PEMBENTANGAN BAJET 2011 & HARAPAN RAKYAT




Debaran menanti semua rakyat Malaysia pada petang 7.10.2011, jam 4 petang PM akan membentangkan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat.

Semua berharap bajet 2011 akan dapat membantu membela nasib rakyat. Bajet 2012 dijangka mampu menangani golongan berpendapatan rendah. Antara harapaan rakyat adadalah:-
1. Bonus
2. Kenaikan gaji
3. Kadar cukai pendapatan individu
4. Insentif untuk masyarakat luar bandar/mengikut bidang industri
5. Pembangunan modal insan
6. Rumah mampu milik
7. Penurunan harga barangan tertentu
8. Insentif untuk pelabur-pelabur

 
Mampukan pembetangan BAJET 2011 menawan hati rakyat ??? Sama-sama kita tunggu dan lihat...
JOM SAMA-SAMA KITA DUDUK DEPAN TV, LIVE PEMBENTANGAN BAJET
OLEH YAB PM DATO SERI NAJIB TUN RAZAK.

Thursday 6 October 2011

SAMPAH ... PUNYA HAL...ATAU AHLI MAJLIS TAK PRIHATIN

Penduduk Vista Putra di Bandar Seri Putra pening dengan isu sampah... sudah banyak aduan telah dikemukan kepada MPKj dan Ahli Majlis MPKj yang diwakili oleh pemimpin PAS.....
Sedih itulah yang dapat saya katakan dengan sikap dan tindakan segelintir pihak yang nampaknya tidak mengikut saranan Nabi kita. Bahkan secara hakiki memang manusia suka kepada bersih dan cantik.
Aduan telah dibuat. Teguran telah dibuat. Nasihat juga nampaknya hanya keluar ke telinga kiri pengunjung. Tidak mungkin dapat dinasihatkan semua yang mengunjung. Tetapi kebersihan itulah kehendak fitrah manusia. Pastikan tempat kita atau tempat kita kunjungi bersih. Bahkan disekolah, dirumah, dan kempen kerajaan. Semuanya agar menjadikan rakyat Malaysia warga negara kelas pertama dengan mengamalkan perkara asas seperti kebersihan, kesefahaman, bertimbang rasa dan pelbagai sihat mulia bagi kita orang Timur.
Oleh itu, sedih sungguh melihat situasi Vista dan padang SP5. Dalam situasi Vista, papan tanda terpampang megah agar harta persendiri tidak dibuang di situ. Tetapi bila ditegur, kita pula dimarahi.  Itu belum lagi dipanjangkan masalah longkang di pusat komersial yang mempunyai bau hingga menusuk mata. Juga komen ibubapa sekolah yang sangat tidak berpuasa hati tahap kebersihan tandas sekolah. Hinggakan ada anak-anak yang terpaksa menahan diri sehingga sampai kerumah untuk menyempurnakan qadaq hajat.

Apa jawapannya? Kenalah berbalik kepada fitrah dan tanggungjawab semua untuk menjaga kebersihan. Bukan sahaja di rumah tapi juga ditempat awam. Jika ditempat awam, kalau tong telah penuh, pastikan kita bawa pulang sampah. Semua ini boleh diubah dengan usaha kita yang kecil.
"Bandar Seri Putra, kediaman sejahtera untuk semua"

PM: PEMBENTANGAN PEMANSUHAN AKTA KEDIAMAN TERHAD 1933


Dewan Rakyat: Perdana Menteri semasa membentangkan Rang Undang-undang Kediaman Terhad  (Pemansuhan) 2011 mengumumkan pembebasan serta merta 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933. 200 waran yang belum disampakan turut dibatalkan.

"Kita tidak meniru cadangan dari mana-mana pihak. Tiada siapa pun mempengaruhi atau mendesak pihak kerajaan", Najib.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berkata pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 adalah wajar kerana ia tidak lagi relevan untuk diguna pakai dan sebagai langkah memperkemas sistem perundangan negara. Menurut beliau,akta tersebut sudah tidak lagi diguna pakai sejak 24 tahun lalu.

Tranformasi Politik sudah bermula.. Rakyat YAKINI KERAJAAN BARISAN NASIONAL...

Sunday 2 October 2011

Ramai nyer ahli PKR datang Mesyuarat Cabang Serdang

Mesyuarat Agung Tahunan 2011, PKR Cabang Cabang Serdang.  2.10.2011 di Dewan Orang Ramai, Jalan Reko, Kajang, bermula jam 10.00 pagi.

Mesyuarat dirasmikan oleh YB.Dr.Hj,Yaakob Bin Sapari, Ahli Majlis Pimpinan Negeri/Ketua Cabang Shah Alam.


Ramai nyer yang datang... tahniah PKR Cabang Serdang khususnya buat Ketua Cabang iaitu En.Hamidi A.Hasan & AJK...


TENGOKLAH SENDIRI... LU FIKIR LAH SENDIRI YA...

Friday 30 September 2011

MAJLIS PELANCARAN DASAR LANDSKAP NEGARA

YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj.Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malayisa telah hadiri untuk merasmikan Majlis Pelancaran Dasar Landskap Negara di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, pada pagi 30.9.2011.

Turut hadir Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan YB DAtuk Seri Panglima Hj.Lajim bin Hj.Ukin.

Pemimpin tempatan yang hadir sama adalah Ketua UMNO Bahagian Serdang-Dato Hj.Mohd Fathil bin Daud, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Mej(B) Abdul Rahim, Dato Liew Yuen Keong-Pengerusi MCA Bahagian Serdang dan barisan kepimpinan UMNO, MCA dan MIC Bahagian Serdang. 

Sunday 25 September 2011

MAHASISWA UKM BERSAMA MASYARAKAT

Pagi tadi mahasiswa dari Kolej Keris Mas, UKM telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan di tujuh Rukun Tetangga (RT) di sekitar Bandar Baru Bangi dengan menaiki bas.


Majlis pelancaran program dilakukan oleh Penyelaras Dun Bangi YBhg. Dato Mohd Fathil Bin Daud merangkap Ketua UMNO Bahagian Serdang. Hadir sama Penyelaras RT Parlimen Serdang Tn.Mej (B) Abdul Rahim merangkap Tim.Ketua UMNO Bahagian Serdang, Pegawai Perpaduan Pn.Ziela, Pengetua Kolej Keris Mas Dr. Roslin Amir. Pengarah Program adalah YDP Kolej iaitu  Sdr.Adram.


Program ini adalah aktiviti julung kali diadakan dengan oleh Mahasiswa Kolej Keris Mas bersama Jabatan Perpaduan dan UMNO Bahagian Serdang. Semua mahasiswa diserahkan kepada RT angkat dimana setiap pengerusi RT hadir dan bersama-sama mahasiswa untuk program setengahari suntuk dan balik semua ke kolej dengan menggunakan bas UKM.

Program ini mendapat sambutan luar biasa dari kalangan mahasiswa dan penduduk setempat serta pemimpin UMNO. Melalui program ini mahasiswa mendapat ilmu baru berbakti dan beramah mesra dengan masyarakat.Tahniah pada mahasiswa, tahniah kepada kepimpinan UMNO Bahagian Serdang membimbing generasi muda, mendampingi generasi Y berbakti dan berkhidmat bersama masyarakat.

Saturday 24 September 2011

LAWATAN TPM: UKM DAPAT DURIAN RUNTUH

Perjumpaan Khas YAB Tan Sri  Dato' Hj.Muhyiddin Mohd Yassin, TPM di UKM mendapat sambutan luar biasa dari seluruh warga UKM serta turut dihadiri oleh pemimpin BN.

Bagi memperkasakan bidang penyelidikan dan inovasi universiti, TPM telah menyerahkan cek sejumlah RM10,124,268 untuk Penyelidikan LRGS, FRGS, ERGS, PRGS dan RM100,000 untuk STEM.

Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh dipenuhi oleh warga UKM dan pemimpin parti komponen BN sejak pagi dimana semua hadiri telah diberikan taklimat oleh YB Senator Dato' Sri Idris Jala dengan membentangkan kemajuan GTP & ETP. Selepas taklimat, pelajar dan kakitangang UKM berpeluang berdialog secara langsung dengan YB Senator Dato Idris Jala.


Sejurus selepas itu semua hadirin mendapat taklimat dan penjelasan khas dari YAB TPM. Pelajar, persatuan kakitangan UKM dan pensyarah turut dapat berinteraksi secara langsung dengan YAB TPM.

Moga kunjungan TPM bersama warga UKM dapat membuka lembaran baru untuk semua bagi membantu kerajaan menjayakan dasar-dasar yang telah dirancangkan dan sedang dilaksanakan. Penerangan telah disampaikan dan persoalan juga telah dijawab oleh TPM semasa sesi dialog.

Friday 23 September 2011

WARGA UKM BERSAMA TPM- YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


23.9.2011 (Jumaat) Warga UKM akan berdialog bersama pemimpin negara. YAB TPM- Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengada Lawatan Rasmi ke Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh. Majlis dimulakan dengan kehadiran YB Dato Idris Jala.


Tahniah kepada semua warga UKM khususnya para Pensyarah,Pentadbir dan Mahasiswa serta Alumi UKM atas kehadiran YAB TPM untuk berdialong bersama anda. Moga perjumpaan hari akan memberi impak dan nafas baru sokongan warga UKM terhadap kepimpinan negara Malaysia.

Wednesday 21 September 2011

AHL MAJLIS MPKJ & BAKAL CALON DAP DUN BALAKONG BIADAP???


Hangat diperkatakan oleh kakitangan MPKJ, pemimpin DAP iaitu Lee Kee Hiong, Ahli Majlis MPKj ini sering berlaku biadap dan memandang rendah orang Melayu khususnya.....

Cuba kenalpasti muka ni??? Layak ker beliau menjadi YB di Balakong??? atau Pemimpin Rakyat?  INFO Beliau merupakan antara pemimpin DAP yang dikatakan bakal menjadi calon di Balakong ..
Baru berkuasa sudah naik toncang.... inikah semangat orang Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum... sesuka mak bapak dia memaki hamun orang...


Untuk info penuh sila layari  http://www.selangordaily.com/?p=2580

MAT SABU MENGAKU TIDAK BERSALAH....

Hari ini 21.9.201,1 TIMBALAN Presiden PAS, Mohamad Sabu diiringi penyokong ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini selepas beliau didakwa membuat fitnah yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu. Pemimpin PAS itu dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 serta seorang penjamin.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi. Mahkamah Seksyen Butterworth hari ini memutuskan Mat Sabu akan di dakwa dibawah SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN. Ikmal Hishan juga menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes.

Akta ISA dah dimansuhkan kalau tidak... agak2nya habislah MAT SABU.... Tapi jangan lupa, negara kita Malaysia masih mempunyai undang-undang lain untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam.

Nasihat untuk semua rakyat Malaysia... jangan nak jadi HERO MALAYA sanggup mengadai Negara, Melupakan Pengorbanan Pejuang-Pejuang Kemerdekaan., Agak2 lah pun..

PELETAKAN JAWATAN JURULATIK BOLA SEPAK SELANGOR

K Devan sah letak jawatan sebagai Jurulatih Selangor. P Maniam ambil alih sementara sebagai jurulatih.


Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media khas di Padang SUK, Shah Alam, semalam.

“Devan menyatakan hasrat kepada FAS untuk mengundurkan diri, selepas Selangor kalah kepada T-Team pada pertembungan Piala Malaysia, Sabtu lalu.
 
Buat penyokong Bola Sepak Selangor, jangan cepat melatah, tetapkan sokongan anda.. Tengok tu baru jersi dah baru...apa lagi ...semangat baru...

Sunday 18 September 2011

KECOH RUMAH TERBUKA ADILFITRI PAKATAN RAKYAT SERDANG

Kerjasama PAS+DAP+PKR amat baik begitu kata Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching.... betul ker? 18.9.2011, jamuan bermula sekitar 12 tengahari  bertempat di Stadium Mpkj Seksyen 15 BBB

Orang ramai KECOH sebab terpaksa duduk merempat untuk menikmati jamuan hari raya dan terpaksa berhujan kerana khemah tak cukup... Gamba 1: YB-YB jer yang duduk selesa menikmati jamuan di khemah khas VVIP... (Dalam gambar Adun Bangi dan Ahli Parlimen Serdang)  Apa dah jadi lah...

Gambar ke-2,  Cuba tengok tu...kasihan sungguh..nak makan pun susah..., tapi pemimpin mereka sedap makan di meja khas untuk VVIP... rakyatnya dilayan macam pengemis minta makanan jer... Ini ker konsep negara BERKEBAJIKAN

Keadaan ini amt jauh berbeza dengan situasi di Rumah Terbuka UMNO Bahagian Serdang, dimana semua pengunjung disediakan khemah dan tempat makan yang selesa..


Gambar ke-3 yang pulak semasa Rumah Terbuka UMNO Bahagian Serdang pada 11.9.2011 yang bermula jam 11 pagi hingga 4.00 petang. Rakyat dan Pemimpin sama jer dapat duduk dimeja makan, makanlah seberapa lama yang nak...duduk lah sesuka hati..tak payah nak berhujan atau berpanas..

Friday 16 September 2011

TRANFORAMSI POLITIK: PM UMUM ISA DIMANSUHKAN

Jam 8.45 malam tadi YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa perkara penting untuk semua rakyat Malaysia. Pengumuman khas ini bertepatan dengan Sambutan Hari Malaysia esok 16 Sept 2011. Hari Malaysia telah diwartakan sebagai Cuti Umum sejak tahun 2009.


PM telah mengumumkan pemansuhan ISA, Perkara 49, pindaan kepada seksyen 27 Akta Polis, pemansuhan lesen tahunan kepada suratkhabar dan kajian semula kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Kediaman Terhad termasuk beberapa akta lain akan menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman. Keputusan dibuat sejajar dengan Program Tranformasi Politik 

Kerajaan akan memperkenalkan dua undang-undang baru sebagai gantian kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Adakah undang-undang baru ini berjaya diluluskan dalam sidang kabinet kelak?? Kita sebagai rakyat Malaysia berharap segala usaha penambahbaikan akan berjaya.

Langkah untuk pelaksanan Program Tranformasi Politik telah dilakukan oleh YAB PM jelas beliau seorang PM yang amat berani.

Adakah ini membayangkan PRU13 semakin hampir...???