Pagi tadi mahasiswa dari Kolej Keris Mas, UKM telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan di tujuh Rukun Tetangga (RT) di sekitar Bandar Baru Bangi dengan menaiki bas.
Majlis pelancaran program dilakukan oleh Penyelaras Dun Bangi YBhg. Dato Mohd Fathil Bin Daud merangkap Ketua UMNO Bahagian Serdang. Hadir sama Penyelaras RT Parlimen Serdang Tn.Mej (B) Abdul Rahim merangkap Tim.Ketua UMNO Bahagian Serdang, Pegawai Perpaduan Pn.Ziela, Pengetua Kolej Keris Mas Dr. Roslin Amir. Pengarah Program adalah YDP Kolej iaitu Sdr.Adram.
Program ini adalah aktiviti julung kali diadakan dengan oleh Mahasiswa Kolej Keris Mas bersama Jabatan Perpaduan dan UMNO Bahagian Serdang. Semua mahasiswa diserahkan kepada RT angkat dimana setiap pengerusi RT hadir dan bersama-sama mahasiswa untuk program setengahari suntuk dan balik semua ke kolej dengan menggunakan bas UKM.
Program ini mendapat sambutan luar biasa dari kalangan mahasiswa dan penduduk setempat serta pemimpin UMNO. Melalui program ini mahasiswa mendapat ilmu baru berbakti dan beramah mesra dengan masyarakat.Tahniah pada mahasiswa, tahniah kepada kepimpinan UMNO Bahagian Serdang membimbing generasi muda, mendampingi generasi Y berbakti dan berkhidmat bersama masyarakat.
No comments:
Post a Comment