Jam 8.45 malam tadi YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa perkara penting untuk semua rakyat Malaysia. Pengumuman khas ini bertepatan dengan Sambutan Hari Malaysia esok 16 Sept 2011. Hari Malaysia telah diwartakan sebagai Cuti Umum sejak tahun 2009.
PM telah mengumumkan pemansuhan ISA, Perkara 49, pindaan kepada seksyen 27 Akta Polis, pemansuhan lesen tahunan kepada suratkhabar dan kajian semula kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Kediaman Terhad termasuk beberapa akta lain akan menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman. Keputusan dibuat sejajar dengan Program Tranformasi Politik
Kerajaan akan memperkenalkan dua undang-undang baru sebagai gantian kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Adakah undang-undang baru ini berjaya diluluskan dalam sidang kabinet kelak?? Kita sebagai rakyat Malaysia berharap segala usaha penambahbaikan akan berjaya.
Langkah untuk pelaksanan Program Tranformasi Politik telah dilakukan oleh YAB PM jelas beliau seorang PM yang amat berani.
Adakah ini membayangkan PRU13 semakin hampir...???
Tidak setuju pemansuhan ISA... Namun kerajaan mesti mempunyai sebab munasabah untuk kepentingan rakyat Malaysia. Namun diharap undang-undang baru akan lebih baik dan relavan dengan situasi semasa..
ReplyDelete