Monday 23 April 2012

CERAMAH: AQIDAH & IDEOLOGI

Pelbagai perbalahan, konflik aqidah, perbezaan ideologi melanda umat islam khususnya. Bangi terkenal dengan bandar ilmu, golongan elit dan professional mendiami kawasan-kawasan perumahan yang baru diwujudkan. Ceramah ini wajar diadakan, atau dihadiri oleh semua umat islam bagi mengukuhkan aqidah dan memperkasakan agama islam dan mempertahankan kedudukan agama islam walaupun wujud perbezaan fahaman politik. Insyaallah melalui ceramah ini, semua umat islam khususnya dapat manfaat bersama dan bertindak menggunakan akal fikiran yang waras dan sama-sama memepertahankan agama islam.

Wednesday 28 March 2012

TENG CHAN KIM TERSILAP HANTAR SMS, ADUN BN KELUAR DEWAN


Allah Maha Besar dan Maha Adil, hari demi hari pembohongan, penipuan dan penyelewengan ditunjukkan kepada kita semua terutama rakyat Selangor. Bukan UMNO yang menyebabkan mereka Terkantoi tetapi mereka lah yang sebenarnya melakukan kesilapan dek kerana kuasa Allah yang Maha Besar lagi Maha Agong.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga... betullah kata-kata berikut sebijak2 Pembangkang akhirnya tersilap hantar SMS kepada YB Hasan Ali. SMS berat sebelah menyebabkan YB-YB BN bertindak keluar dari dewan kerana membantah tingkah laku yang boleh dikatakan tidak bermoral dilakukan oleh Speaker Dewan yang dari Kerajaan Negeri.

Inilah YB Chan Kim-Speaker Dewan. Jom baca apa yang di"SMS": "This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like whay Yaacob is doing now".

BBM dari telefon pintar ini menyebabkan Speaker terpaksa memohon maaf secara terbuka kepada semua exco dan menjelaskan kesilapannya yang tidak membuang nama Dato Dr. Hasan Ali sebagai Exco..

Tuesday 27 March 2012

HASAN ALI: AZMIN BILA NAK JAWAB 5 PERSAOLAN???


Semakin PANASSSSSSSSS... Adun Gombak Setia membongkar banyak perkara, maka terbongkarkan dan terbogel lah baju seluar "Madu" Anwar Ibrahim...siapa tak kenal dengan AZMIN ALI.

Malu lah... "Azmin tidak punyai 'locus-standi' bicara soal integriti, kreadibiliti. Jika dia tidak bersihkan diri, baik tutup mulut dan cermin muka sendiri sebelum menuduh orang lain".-Bekas Exco Selangor, DAtuk Dr. Hasan Mohamed Ali.


Hasan Ali minta Azmin Ali jawab 5 persoalan berikut:-

1. Perjelas dari mana sumber kewangannya, isteri beli saham cecah RM2 juta pada 1992 hingga 1994.

2. Nafi laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran yang mendakwa beliau, isteri dan seorang ipar miliki saham cecah Rm8.5 juta pada awal 90-an.

3. Jawab dakwaaan Ummi Hafilda beliau sudah 8 bulan tak ziarah ibu.

4. Sahut cabaran jalani ujian DNA ke atas anaknya di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan biologinya.

5. Nafi tuduhan buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk "Tuhan, Politik dan Seks" mendakwa Azmin mengetahui hubungan intim isterinya bersama Penasihat PKR.

Monday 26 March 2012

Ahli Parlimen Serdang diganggu MMS Lucah??

Hari ini MP Serdang Teo Nie Ching (DAP) membuat laporan kepada Biro Aduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia (SKMM) berhubung foto dan video lucah yang diterima melalui telefon bimbitnya.

Teo berkata beliau menerima mesej video dan gambar lucah dari individu yang tidak dikenali sebanyak tiga kali iaitu dua MMS pada 19 Mac antara 10.28 malam dan 10.55 malam, dan mesej video selama dua saat pada keesokan harinya.

Katanya gambar dan video berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki bogel mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita itu bertajuk 'Anwar Tidak Bermoral' dan 'Anwar Pembohong'.

Tuesday 20 March 2012

MENARIK DALAM SIDANG DUN SELANGOR


Semua rakyat Selangor mesti nak tahu apa wakil rakyat kawasan mereka nak buat dan dah buat atau sebalinya kan...

Pagi tadi Sidang Dewan N.Selangor YB Ronnie Liu cakap Rakyat Selangor tidak mahu membeli rumah kos murah jadi kerajaan negeri Selangor tidak akan membina rumah murah sebab tiada pembeli. Ini contoh pembohong melampau YB DAP ini... Sedangkan ramai rakyat di Negeri Selangor ini menyewa rumah kerana tidak mampu membeli rumah yang rata-rata berharga RM200,000 ke atas mana mampu nak beli kalau gaji sekitar RM1500 sebulan??

Namun ada juga yang menariknya... YB Teresa Kok telah menggunakan perkatan PM-D.S Najib yang sanggat popular kini iaitu "Tranformasi". Nampaknya D.S.Najib telah berjaya men"tranformasi" pemimpin-pempin PR ini.. Elok sangatlah rakyat Selangor TUKAR & TUMBANGKAN PR pada PRU13 nanti.

Monday 19 March 2012

Sultan Selangor titah Basmi Rasuah Pasir


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya kerajaan negeri memperluaskan usaha membasmi rasuah dalam semua bidang, termasuk dalam sektor pengoperasian pasir negeri.

Sejajar dengan itu, titah baginda, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu diberi kebebasan memantau aktiviti yang dikendalikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Sultan Sharafuddin juga mengingatkan supaya kawasan rizab Melayu dan kawasan berkepentingan umum seperti hutan simpan dan tadahan air dipertahankan daripada pencerobohan dan pembangunan tidak sepatutnya.

"Sehubungan ini, peruntukan perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu," titahnya.

Sunday 18 March 2012

Pelumba basikal negara mangsa langgar lari Proton Saga WCK 2290

Pelumba pelapis basikal negara, Rafizi Hamdan terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari  di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Rafizi yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12, Gombak. Proton Saga WCK2290 dipercayai telah langgar lari... Minta sebarkan utk memastikan pemandu diberkas.