Monday 19 March 2012

Sultan Selangor titah Basmi Rasuah Pasir


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya kerajaan negeri memperluaskan usaha membasmi rasuah dalam semua bidang, termasuk dalam sektor pengoperasian pasir negeri.

Sejajar dengan itu, titah baginda, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu diberi kebebasan memantau aktiviti yang dikendalikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Sultan Sharafuddin juga mengingatkan supaya kawasan rizab Melayu dan kawasan berkepentingan umum seperti hutan simpan dan tadahan air dipertahankan daripada pencerobohan dan pembangunan tidak sepatutnya.

"Sehubungan ini, peruntukan perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu," titahnya.

No comments:

Post a Comment