Thursday 28 July 2011

Go Harimau Malaya... Berjuang Habis-habisan Malam ni

Malam ini 28 Jul 2011, Stadium Bukit Jalil akan menjadi saksi maruah Malaysia dipersada arena sukan tanahair. Adakah Sejarah akan akan tercipta malam ini???? dengan kemenangan Harimau Malaya menentang Sang Singa... Ayoh anak-anak Malaysia sama-sama kita bersatu menyokong pasukan kita, jangan dicampur-adukkan fahaman politik dalam sukan... Moga melalui kemenangan ini rakyat Malaysia bakal bersatu...

Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita. Keputusan 2-0 sudah mencukupi untuk melayakkan Malaysia terus mara.. dan dapat beraksi dalam saingan seterusnya..
Jangan gentar terus mara... rakyat Malaysia akan sama-sama bersatu untuk menyemarakkan semangat untuk membantu pasukan Malaysia. Jangan dihampakan perasaan rakyat Malaysia.. Stadium Bukit Jalil bakal bergegar... malam ni dengan sorak dan sokongan rakyat Malaysia.

Wednesday 27 July 2011

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Petang 27 Jul 2011 bermula dari Putrajaya Sentral ERL, Perdana Menteri Malaysia  YAB Dato Seri Najib Tun Razak bergegas penuh bersemangat sambil diringi oleh Menteri-Menteri Kabinet dan disambut oleh orang ramai menuju gerabak ERL yang akan membawa beliau ke KL Sentral untuk Majlis Pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang. Ribuan orang ramai hadir penuh bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang lambang cintakan negara dan keamanan negara.

Namun kecewa bila puak-puak otak kuning ini sengaja nak buat hal bila PM kita sampai di KL Sentral. Wajarkah seorang rakyat Malaysia mengaku sebagai warganegara Malaysia bila dalam majlis yang orang lain merasa bangga menjadi anak Malaysia datang pulak puak pelampau cuba memusnahkan agenda sebenar negara seperti yang dilakukan oleh penyokong2 PR petang tadi? Patut sangatlah pihak Polis menahan mereka, jelas sangat tujuan mereka ini untuk mengalihkan tujuan orang ramai bagi menjatuhkan nama baik PM dan Polis. Kenapa dalam majlis sebegini nak cuba tunjuk HERO????  Budak sekolah rendah pun lebih bijak, ingat seorang boleh diperbodohkan ker???

Seramai 10 orang penyokong BERSHHIT telah ditangkap petang tadi, kejadian bermula bila si-otak kuning cuba menghampiri PM kononnya untuk menyerahkan surat kepada PM... kenapa harus menghantar surat dalam keadaan orang ramai yang cintakan tanahair berhimpun untuk menyemarakan sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia??

APA SELEPAS 9 JULAI 2011

Suasana hangat dan diluar jangkaan terjadi semasa majlis yang dianjurkan oleh akbar Sinar di Karangkraf Sek.15, Shah Alam petang 26.7.2011.

Menariknya penganjur BERSIH 2.0, Datuk S.Ambiga mengakui mengingkari titah Yang diPetuan Agong pada 3 Julai lalu secara jelas melarang perhimpunan jalanan. (sumber lain rujuk Sinar: 27.7.2011, ms 2).
Inikah tuntutan yang dikatakan BERSIH??? Kenapa puak2 PR ini masih mahu memperbodohkan diri walaupun telah banyak kali diberi ingatan kesan negatif yang bakal menyusahkan rakyat?? Kenapa tidak berbincang secara profesional dengan SPR ?

Jelasnya PR memang sudah merasai ketakutan untuk menghadapi PRU13 bila BN sudah kembali mendapat sokongan rakyat. Wahai pemimpin2 PR sudah2lah dah cukuplah nak menipu rakyat.... Rakyat Malaysia sudah sedar dan bijak menilai... dah banyak dah pembohongan, penipuan, lakonan/wayang yang telah dilakukan oleh puak2 PR sejak mulai berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan & Perak (walaupun sekejap cuma)..

Tuesday 26 July 2011

Keluarga Teoh Beng Hock (TBH) terus menjadi kambing hitam pembangkang

Tindakan pihak tertentu termasuk keluarga Teo Beng Hock tidak menerima laporan keputusan Suruhanjaya Diraja menjelaskan mereka tidak mempercayai dan mengakui kreadibiti dan kemampuan badan khas Suruhanjaya dan kepimpinan DYMM Agong serta tidak menghormati prinsip rukun negara...


Kenapa rakyat tidak menuntut pihak berwajib melakukan siasatan penuh terhadap majikan TBH yang bertanggungjawab menyebabkan kematian beliau ??? Nampaknya kes TBH benar2 dimanupulasi oleh PR untuk terus kekal memerintah...dan terus membohongi rakyat...

Monday 25 July 2011

Biometric atau Dakwat Hitam Mana Pilihan Anda sebagai Pengundi ???


Kerajaan sanggup menyediakan peruntukan kepada SPR bagi menyiapkan sistem biometrik untuk digunakan bagi memperbaiki proses pilihanraya di Malaysia. Sistem Biometric Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilihat sesuai digunakan oleh SPR  untuk mengesahkan pengundi semasa pilihanraya umum atau pilihanraya kecil bagi mengelakkan dimanupulasi pihak berkepentingan untuk menipu keputusan pilihanraya.  Namun kenapa pihak pembangkang masih mahu berdegil mengguna dakwat hitam???.


Dakwat hitam digunakan oleh negara yang biasanya mempunyai penduduk yang ramai dan kurang maju serta tidak mempunyai sistem daftar penduduk seperti di Malaysia yang mana setiap rakyat mesti mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara dan memiliki Kad Pengenal sebagai pengenalan identiti diri.

Sejajar dengan kemajuan negara Malaysia dan perkembangan teknologi semasa, wajarlah kiranya penggunaan sistem biometrik digunakan semasa hari proses pengundi dalam pilihanraya di Malaysia berbanding dengan penggunaan Dakwat Hitam yang jika digunakan akan kesan hitam ini hanya akan hilang selepas 2 minggu. Selain itu penggunaan Dakwat Hitam juga masih mempunyai kelemahan tersendiri dimana individu tertentu boleh membeli bahan ini dari negara jiran dan mengelirukan pengundi, kesannya pengundi berkemungkinan akan hilang hak menggundi jika dakwat tersebut terdapat dijarinya sedangkan pengundi tersebut belum mengundi.