Monday, 25 July 2011
Biometric atau Dakwat Hitam Mana Pilihan Anda sebagai Pengundi ???
Kerajaan sanggup menyediakan peruntukan kepada SPR bagi menyiapkan sistem biometrik untuk digunakan bagi memperbaiki proses pilihanraya di Malaysia. Sistem Biometric Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilihat sesuai digunakan oleh SPR untuk mengesahkan pengundi semasa pilihanraya umum atau pilihanraya kecil bagi mengelakkan dimanupulasi pihak berkepentingan untuk menipu keputusan pilihanraya. Namun kenapa pihak pembangkang masih mahu berdegil mengguna dakwat hitam???.
Dakwat hitam digunakan oleh negara yang biasanya mempunyai penduduk yang ramai dan kurang maju serta tidak mempunyai sistem daftar penduduk seperti di Malaysia yang mana setiap rakyat mesti mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara dan memiliki Kad Pengenal sebagai pengenalan identiti diri.
Sejajar dengan kemajuan negara Malaysia dan perkembangan teknologi semasa, wajarlah kiranya penggunaan sistem biometrik digunakan semasa hari proses pengundi dalam pilihanraya di Malaysia berbanding dengan penggunaan Dakwat Hitam yang jika digunakan akan kesan hitam ini hanya akan hilang selepas 2 minggu. Selain itu penggunaan Dakwat Hitam juga masih mempunyai kelemahan tersendiri dimana individu tertentu boleh membeli bahan ini dari negara jiran dan mengelirukan pengundi, kesannya pengundi berkemungkinan akan hilang hak menggundi jika dakwat tersebut terdapat dijarinya sedangkan pengundi tersebut belum mengundi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment