Monday 26 March 2012

Ahli Parlimen Serdang diganggu MMS Lucah??

Hari ini MP Serdang Teo Nie Ching (DAP) membuat laporan kepada Biro Aduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia (SKMM) berhubung foto dan video lucah yang diterima melalui telefon bimbitnya.

Teo berkata beliau menerima mesej video dan gambar lucah dari individu yang tidak dikenali sebanyak tiga kali iaitu dua MMS pada 19 Mac antara 10.28 malam dan 10.55 malam, dan mesej video selama dua saat pada keesokan harinya.

Katanya gambar dan video berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki bogel mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita itu bertajuk 'Anwar Tidak Bermoral' dan 'Anwar Pembohong'.

No comments:

Post a Comment