Tarikh keramat bagi negara tercinta Malaysia 31 OGOS 2011 TAHNIAH MALAYSIA 54 tahun MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
MOGA MALAYSIA KEKAL SEJAHTERA & MAKMUR
Sejak 21.8.2011 sejurus selepas ceramah MAT SABU di Pulau Pinang, isu Bukit Kepong pejuang sebenar bukan polis sebaliknya komunis adalah hero. Pelbagai pihak amat marah dan tersinggung dengan isu ini. Rata-rata rakyat Malaysia berharap Mat Sabu memohon maaf dan berharap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap MAT SABU. Ramai menyatakan kenapa kerajaan masih membiarkan MAT SABU dan puak2 PR berMAHARAJALELA memesongkan pemikiran rakyat???
Pakar sejarah tersohor negara Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim menyatakan Mat Sabu pesong fakta sejarah & berpendapat golongan muda tidak akan faham akan ideologi komunisme. (sumber: Buletin TV3). Mana mungkin golongan muda yang belum lahir ketika negara bertungkus lumus mempertahankan negara memahami erti sebenar perjuangan menuntut kemerdekaan dari dijajah oleh pihak luar.
Ramai marah dengan tindakan MAT SABU yang sesuka hatinya MENYAPU dan MERAPU setiap fakta untuk mengelirukan rakyat MALAYSIA demi kelangsungan ideologi politik PAS yang kian diterdesak untuk berkuasa dan memeritah di bumi Malaysia.
Anak muda disarankan memahami fakta sejarah demi mengekalkan KEMERDEKAAN negara dari dijajah oleh pihak luar dan anasir luar. Untuk berkuasa dan menjadi HERO janganlah fakta dan fatwa dipusingkan...menjadi PEMIMPIN adalah satu ibadah yang wajib dipikul dengan rasa tanggungjawab bukan sahaja didunia tetapi juga di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment