Sunday, 28 August 2011

BUKIT KEPONG: MAT SABU SOKONG PENGANAS KOMUNIS

Rakyat Malaysia sedia maklum mengenai tragedi BUKIT KEPONG yang banyak memaparkan pengorbanan polis Tanah Melayu dalam usaha untuk mempertahankan maruah negara dari tindakan KOMUNIS pada suatu ketika dulu.


Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Apa perasaan anda jika dalam tragedi tersebut ada ahli keluarga anda yang telah terkorban ditangan komunis???? Kini 2011 anak Melayu Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS menyokong tindakan komunis terhadap pejuang2 Melayu yang juga mungkin nenek moyang atau ahli keluarga anda???.  MAT SABU dikategorikan sebagai buta sejarah, biadab serta kurang ajar dan tidak menghargai pengorbanan pejuang tanah air.

Malah, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan PAS sudah jauh terpesong dan meninggalkan rakyat Malaysia. Kenyataan Mat Sabu ini ternyata satu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Pengkhianat Melayu sahaja sanggup menafikan sejarah kerana ingin meraih undi kaum Cina.

Lantaran itu wajarlah kita selaku anak Malaysia yang memahami sejarah perjuangan kemerdekaan negara bangkit untuk menilai perjuangan pemimpin2 PAS, PKR & DAP ??? Adakan anda yakin dengan kepimpinan PR untuk membuat perubahan demi rakyat Malaysia???. Usaha mengubah fakta sejarah merupakan usaha terdesakkan pemimpin PAS untuk menjadi BONEKA DAP  bagi memastikan kesinambungan nyawa politik PAS.


Ambil sedikit masa anda untuk membaca sejarah negara:-
ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Bukit_​Kepong
http://alyahya.blogspot.com/2009/05/sejarah-kekejaman-komunis-di-bukit.html

tunjanglangit.blogspot.com/2009/05/​sejarah...di-bukit.html
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2011/06/ceramah-mat-sabu-akan-kena-kepongmacam.html

No comments:

Post a Comment