Tarikh keramat bagi negara tercinta Malaysia 31 OGOS 2011 TAHNIAH MALAYSIA 54 tahun MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
MOGA MALAYSIA KEKAL SEJAHTERA & MAKMUR
Sejak 21.8.2011 sejurus selepas ceramah MAT SABU di Pulau Pinang, isu Bukit Kepong pejuang sebenar bukan polis sebaliknya komunis adalah hero. Pelbagai pihak amat marah dan tersinggung dengan isu ini. Rata-rata rakyat Malaysia berharap Mat Sabu memohon maaf dan berharap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap MAT SABU. Ramai menyatakan kenapa kerajaan masih membiarkan MAT SABU dan puak2 PR berMAHARAJALELA memesongkan pemikiran rakyat???
Pakar sejarah tersohor negara Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim menyatakan Mat Sabu pesong fakta sejarah & berpendapat golongan muda tidak akan faham akan ideologi komunisme. (sumber: Buletin TV3). Mana mungkin golongan muda yang belum lahir ketika negara bertungkus lumus mempertahankan negara memahami erti sebenar perjuangan menuntut kemerdekaan dari dijajah oleh pihak luar.
Ramai marah dengan tindakan MAT SABU yang sesuka hatinya MENYAPU dan MERAPU setiap fakta untuk mengelirukan rakyat MALAYSIA demi kelangsungan ideologi politik PAS yang kian diterdesak untuk berkuasa dan memeritah di bumi Malaysia.
Anak muda disarankan memahami fakta sejarah demi mengekalkan KEMERDEKAAN negara dari dijajah oleh pihak luar dan anasir luar. Untuk berkuasa dan menjadi HERO janganlah fakta dan fatwa dipusingkan...menjadi PEMIMPIN adalah satu ibadah yang wajib dipikul dengan rasa tanggungjawab bukan sahaja didunia tetapi juga di akhirat kelak.
Wednesday, 31 August 2011
Sunday, 28 August 2011
BUKIT KEPONG: MAT SABU SOKONG PENGANAS KOMUNIS
Rakyat Malaysia sedia maklum mengenai tragedi BUKIT KEPONG yang banyak memaparkan pengorbanan polis Tanah Melayu dalam usaha untuk mempertahankan maruah negara dari tindakan KOMUNIS pada suatu ketika dulu.
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Apa perasaan anda jika dalam tragedi tersebut ada ahli keluarga anda yang telah terkorban ditangan komunis???? Kini 2011 anak Melayu Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS menyokong tindakan komunis terhadap pejuang2 Melayu yang juga mungkin nenek moyang atau ahli keluarga anda???. MAT SABU dikategorikan sebagai buta sejarah, biadab serta kurang ajar dan tidak menghargai pengorbanan pejuang tanah air.
Malah, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan PAS sudah jauh terpesong dan meninggalkan rakyat Malaysia. Kenyataan Mat Sabu ini ternyata satu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Pengkhianat Melayu sahaja sanggup menafikan sejarah kerana ingin meraih undi kaum Cina.
Lantaran itu wajarlah kita selaku anak Malaysia yang memahami sejarah perjuangan kemerdekaan negara bangkit untuk menilai perjuangan pemimpin2 PAS, PKR & DAP ??? Adakan anda yakin dengan kepimpinan PR untuk membuat perubahan demi rakyat Malaysia???. Usaha mengubah fakta sejarah merupakan usaha terdesakkan pemimpin PAS untuk menjadi BONEKA DAP bagi memastikan kesinambungan nyawa politik PAS.
Ambil sedikit masa anda untuk membaca sejarah negara:-
ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Bukit_Kepong
http://alyahya.blogspot.com/2009/05/sejarah-kekejaman-komunis-di-bukit.html
tunjanglangit.blogspot.com/2009/05/sejarah...di-bukit.html
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2011/06/ceramah-mat-sabu-akan-kena-kepongmacam.html
Apa perasaan anda jika dalam tragedi tersebut ada ahli keluarga anda yang telah terkorban ditangan komunis???? Kini 2011 anak Melayu Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS menyokong tindakan komunis terhadap pejuang2 Melayu yang juga mungkin nenek moyang atau ahli keluarga anda???. MAT SABU dikategorikan sebagai buta sejarah, biadab serta kurang ajar dan tidak menghargai pengorbanan pejuang tanah air.
Malah, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan PAS sudah jauh terpesong dan meninggalkan rakyat Malaysia. Kenyataan Mat Sabu ini ternyata satu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Pengkhianat Melayu sahaja sanggup menafikan sejarah kerana ingin meraih undi kaum Cina.
Lantaran itu wajarlah kita selaku anak Malaysia yang memahami sejarah perjuangan kemerdekaan negara bangkit untuk menilai perjuangan pemimpin2 PAS, PKR & DAP ??? Adakan anda yakin dengan kepimpinan PR untuk membuat perubahan demi rakyat Malaysia???. Usaha mengubah fakta sejarah merupakan usaha terdesakkan pemimpin PAS untuk menjadi BONEKA DAP bagi memastikan kesinambungan nyawa politik PAS.
Ambil sedikit masa anda untuk membaca sejarah negara:-
ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Bukit_Kepong
http://alyahya.blogspot.com/2009/05/sejarah-kekejaman-komunis-di-bukit.html
tunjanglangit.blogspot.com/2009/05/sejarah...di-bukit.html
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2011/06/ceramah-mat-sabu-akan-kena-kepongmacam.html
Saturday, 27 August 2011
MERDEKA RAYA 2011
Syukur alhamdulilah......
Berkat usaha pejuang-pejuang kemerdekaan maka negara kita kekal merdeka selama 54 tahun sejak 1957 lagi. Sejauhmana kita sebagai rakyat Malaysia berusaha untuk mengekalkan KEMERDEKAAN yang kita nikmati sekarang?? Cuba kita renung sejenak apa yang kita lakukan untuk negara kita yang aman, damai dan sejahtera ini?
Tema Hari Kemerdekaan : “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” . Namun sambutan Hari Merdeka hanya akan diadakan pada 16hb September 2011 sempena Sambutan Hari Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama2 kibarkan jalur gemilang untuk menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan negara kita Malaysia. Tanggal 31hb Ogos 2011 merupakan tarikh keramat dimana Hari Raya Aidifitri sama tarikh dengan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia
Keamanan dan kesejahteraan negara juga membolehkan kita rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh meriah dan harmoni. Untuk semua rakyat Malaysia yang beragama islam, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN, berhati-hati dijalanraya moga selamat sampai ke destinasi yang dituju & ingat orang yang tersayang.
Sunday, 21 August 2011
LARANGAN SULTAN SELANGOR MASJID BUKAN ARENA UNTUK BERPOLITIK
Sejauhmana pihak berkepentingan poltik mematuhi titah Sultan Selangor???
Sebagai rakyat Selangor semua memainkan peranan penting untuk melaporkan kegiatan tidak bertanggungjawab mana-mana parti politik yang cuba memainakan isu politik di Surau-Surau atau Masjid-Masjid.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar semua pihak menghormati fungsi dan martabat masjid dan menggesa agar tidak menjadikannya medan berpolitik.
"Aturlah program yang dapat memberikan manfaat kepada seluruh kariah tidak mengira usia dan status"..
Mudah-mudahan lepas ini puak2 PR akan insaf... kalau puak2 ini dianggap ingar titah Sultan Selangor, jadi tidak layak jadi anak Negeri Selangor.
(Sumber: Sinar Harian 21 Ogos 2011)
Saturday, 13 August 2011
LAUNGAN AZAN AKAN DI LARANG SELEPAS INI????
Wajar umat islam sama-sama risau apakah negeri-negeri lain yang diperintah oleh PR (Selangor dan Kedah khususnya) akan menurut jejak langkah Pulau Pinang selepas ini...
"BIASANYA KALU NAK AZAN SUBOH TU..ADAA PASANG MENGAJI QURAN DULU...LAA NI DAH TAK BOLEHHH...ORANG MARAH NOOO... MACAM2 JADI SEJAK DAP PERINTAH NI"-
Kedudukan di Penang sekarang adalah sama apa yg dilakukan oleh kerajaan PAP Spore yg melarang azan menggunakan pembesar suara di mesjid Sultan,Quen Street .....Sahlah DAP = PAP Jelas berbaloi undi Melayu Islam Penang dan usaha Pakatan Rosak menyingkir BN dari tampuk kuasa di Penang dan akhirnya menutup azan dari berkumandang dan menutup mulut Melayu dari bersuara untuk mentadbir pulau Mutiara itu... Adakah selepas ini laungan AZAN juga akan dilarang ????????
Mohon umat islam seluruh Malaysia bangkit dan sedar perjuangan PAS sudah gagal mempertahankan kesucian dan kedudukan agama islam kerana takutkan DAP...
Selama 50 tahun UMNO bersatu bersama MCA, MIC, Gerakan dan lain2 parti komponen BN, tak pernah pun timbul isu.. LAUNGAN AZAN ATAU BACAAN AYA-AYAT QURAN dihalang oleh mana-mana pihak...Adakah ini yang diperjuangkan oleh perjuang mengaku islam PAS???? Sanggup tunduk kepada kafir laknatulah DAP dan PKR...
MISMAH MENJAWAB TUDUHAN PR & MALAYSIAKINI
Akhirnya MISMAH muncul memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia berkaitan status kerakyatannya yang sengaja dimainkan olok-olok oleh penipu,pembohong PR yang ketandusan idea untuk menjatuhkan kerajaan dan agensi kerajaan..
Usaha SINAR HARIAN menjejak MISMAH menjawab semua tuduhan yang dilemparkan oleh pihak PR terhadap JPN dan kerajaan khususnya. Buletin Utama TV3 malam tadi 13.8.2011, jam 8.00 turut menemubual MISMAH dimana Dato Noh Omar juga turut hadir dan berjumpa dengan MISMAH.
Juak-juak PR apa nak jawab????? Sepatutnya bulan puasa ni janganlah sesukanya menabur fitnah... BERTAUBATLAH..jangan hanya pandai memberi ceramah mengutuk UMNO jer.. jangan hanya berselindung dengan perwatakan warak jer..tapi HAMMMMPAS..
Friday, 12 August 2011
LAGI USAHA UNTUK MENYOKONG TINDAKAN JAIS DI SELANGOR
12.8.2011 (Jumaat)
Perhimpunan Aman Isu Murtad-Pertahankan JAIS
Tempat: Ruang Legar Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor
Masa: Lepas Solat Jumaat
Penceramah: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Y.Bhg Datuk Zulkifli Nordin
Semua umat islam muslimin dan muslimat dijemput hadir sebagai usaha memberi sokongan untuk mempertahankan kesucian agama islam..
sila layari blog beliau berkaitan isu gereja murtad
http://www.zul4kulim.blogspot.com/
Perhimpunan Aman Isu Murtad-Pertahankan JAIS
Tempat: Ruang Legar Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor
Masa: Lepas Solat Jumaat
Penceramah: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Y.Bhg Datuk Zulkifli Nordin
Semua umat islam muslimin dan muslimat dijemput hadir sebagai usaha memberi sokongan untuk mempertahankan kesucian agama islam..
sila layari blog beliau berkaitan isu gereja murtad
http://www.zul4kulim.blogspot.com/
Monday, 8 August 2011
Gambar Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam
Gambar ini adalah individu yang menghina ISLAM..merupakan anak kacukan MELAYU+CINA
Bagi sesiapa yang belum tahu Hajjah Sitt Al-Wuzara ini pemilik blog https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/ yang menghina Islam, dan ramai ingin tahu siapa sebenarnya beliau.
Sempena RAMADHAN AL-MUBARAK ini..sama-samalah kita berdoa dan bersatu hati menentang kemungkaran dan mengambil tindakan kepada individu yang cuba menghina ISLAM.
Bagi sesiapa yang belum tahu Hajjah Sitt Al-Wuzara ini pemilik blog https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/ yang menghina Islam, dan ramai ingin tahu siapa sebenarnya beliau.
Sempena RAMADHAN AL-MUBARAK ini..sama-samalah kita berdoa dan bersatu hati menentang kemungkaran dan mengambil tindakan kepada individu yang cuba menghina ISLAM.
SERBUAN JAIS TERHADAP GEREJA..AGAMA ATAU PARTI POLITIK ???
Pencegahan adalah lebih baik sebelum parah??? Tindakan JAIS menyerbu gereja (Gereja Methodist Damansara Utama) menjadi tajuk utama media cetak dan elektronik... Apa pandangan anda sebagai umat islam? Mana yang lebih penting? Mempertahankan agama atau mempertahankan agenda perjuangan politik??? Ini semua Allah telah tentukan sebagai ingatan antara kita supaya sentiasa ingat meningati antara satu sama lain. Tiada gunanya mengaku sebagai Parti yang memperjuangankan agama Islam jika gagal menegakkan dan mengekang kemungkaran dari terus berlaku...
Demi agama tindakan JAIS amat bertepatan dan harus dipuji bukannya cuba ditutupkan mulut oleh pihak tidak bertanggungjawab. Moga tindakan Datuk Dr.Hasan Ali dapat membuka mata rakyat walaupun tindaka beliau seolah-olah tidak direstui oleh kepimpinan PAS.
"Kalau Jais tidak dapat berindak diatas maklumat diberikan orang ramai, maka tidak ada guna adanya jabatan tersebut. Itu serbuan adalah peringkat pertama dalam usaha pencegahan. Hendak mendapatkan maklumat daripada polis; itu bukan kerja polis"- Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harus Taib.(sumber Sinar Harian, 8.8.2011).
Janganlah agama juga ingin dipertaruhkan demi kelangsungan dan kerjasama yang tidak adil dan saksama sejajar dengan Perlembagaan Negara Malaysua dimana Agama Rasmi adalah Agama Islam.
Monday, 1 August 2011
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Isnin, 1.8.2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432.
Selamat Berpuasa & Selamat Beramal.
Semoga puasa kita diterima Allah s.w.t dan berupaya menjadikan kita muslim yang mukmin, amin.
Rasullullah s.a.w bersabda,
"Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaaNya,
adalah bau mulut seseorang yang berpuasa itu adalah
lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Allah s.w.t berfirman
(dalam hadis Qudsi: "Sesungguhnya mereka itu meninggalkan nafsu syahwat,
makan dan minum kerana KU, sesungguhnya puasa untuk Ku dan
Aku yang akan memberikan balasan untuknya".
{HR Bukari dan Muslim}
10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA
- Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, “Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith.
- Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan
- Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya
- Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan)
- Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda.
- Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu
- Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala
- Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan perbayak bersabar.
- Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu
- Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama
KELEBIHAN PUASA DARIPADA RUJUKAN AL QURAN DAN HADITH
"Berpuasalah, kerana puasa membawa kebaikan kepada kamu, sekiranya kamu mengetahuinya."
(surah Al Baqarah: 184)
•
"Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi orang sihat."
(Hadis)
•
"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraannya, gembira ketika berbuka dan gembira ketika berjumpa dengan TuhanNya (di hari Kiamat)."
(Riwayat Abu Hurairah)
•
"Puasa itu menjadi perisai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
•
Kelebihan bulan Ramadan
a. Allah swt mengutamakan bulan Ramadan dari bulan-bulan yang lain. Diberi kelebihan pada segala amal kebajikan yang diusahakan seorang Muslim di dalamnya.
b. Sabda Nabi Muhammad saw di dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, yang penuh berkat, Allah memberi perlindungan kepada kamu menurunkan rahmatNya, membersih-kan dosa-dosa, mengkabulkan doa, Ia (Allah) akan memberikan perhatian yang sungguh-sungguh kepada segala kebajikan kamu dan para malaikat mengalu-alukan kamu; maka per-lihatkanlah kepada segala perkara yang baik-baik. Sesungguhnya orang yang jahat itu yang diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmatNya."
Sebab-sebab bulan Ramadan Diutamakan
1. "Bulan Ramadan, yang diturunkan di dalamnya Al Quran menjadi petunjuk kepada manusia." (Al Baqarah: 185)
2. Adanya malam Lailatul Qadar "Malam Lailatul Qadar (malam penentuan) lebih utama daripada 1000 bulan." (Al Qadr: 3)
3. Puasa sepanjang bulan Ramadan "Barangsiapa yang mengerjakan puasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan kepada Allah dan benar-benar mengharapkan keampunan, nescaya Allah akan mengampunkan dosa- dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Ibadat dalam bulan Ramadan "Barangsiapa yang membuat satu kebajikan di bulan Ramadan akan dibalas sepuluh kali ganda dan barang-siapa mengerjakan keburukan akan dibalas menurut apa yang dibuatnya." (Hadis)
5. Membersihkan diri dengan mengeluarkan zakat fitrah "Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan sebanyak satu sa' (2.3 kg) kurma atau gandum kepada tiap-tiap orang Islam merdeka atau hamba lelaki atau perem-puan." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Bulan Ramadan bulan yang penuh dengan berkat, rahmat dan kasih mesra antara makhluk-makhluk Allah yang hidup di bumi Allah ini.
"Doa orang yang berpuasa tidak sekali-kali akan ditolak oleh Allah." (Riwayat Tarmizi)
Subscribe to:
Posts (Atom)