Perjumpaan Khas YAB Tan Sri Dato' Hj.Muhyiddin Mohd Yassin, TPM di UKM mendapat sambutan luar biasa dari seluruh warga UKM serta turut dihadiri oleh pemimpin BN.
Bagi memperkasakan bidang penyelidikan dan inovasi universiti, TPM telah menyerahkan cek sejumlah RM10,124,268 untuk Penyelidikan LRGS, FRGS, ERGS, PRGS dan RM100,000 untuk STEM.
Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh dipenuhi oleh warga UKM dan pemimpin parti komponen BN sejak pagi dimana semua hadiri telah diberikan taklimat oleh YB Senator Dato' Sri Idris Jala dengan membentangkan kemajuan GTP & ETP. Selepas taklimat, pelajar dan kakitangang UKM berpeluang berdialog secara langsung dengan YB Senator Dato Idris Jala.
Sejurus selepas itu semua hadirin mendapat taklimat dan penjelasan khas dari YAB TPM. Pelajar, persatuan kakitangan UKM dan pensyarah turut dapat berinteraksi secara langsung dengan YAB TPM.
Moga kunjungan TPM bersama warga UKM dapat membuka lembaran baru untuk semua bagi membantu kerajaan menjayakan dasar-dasar yang telah dirancangkan dan sedang dilaksanakan. Penerangan telah disampaikan dan persoalan juga telah dijawab oleh TPM semasa sesi dialog.