Tengok gaya malam tadi pemimpin PAS macam cuba nak tandingi program Roadshow YB Dr Hasan Ali jer kat Laman Komuniti Seksyen 7 BBB.... tu sebab buat konsert alternatif & santai...
Emmmh tapi yang pasti PAS yang kononnya islam tidak juga dapat mengawal pergaulan orang ramai antara lelaki & perempuan, tidak ada pun pengasingan tempat duduk antara yang jantina???? Penampilan artis berambut panjang..
Jadi apa beza konsert yang biasa2 di anjurkan oleh parti lain??? Yang paling kelakarnya Ust.Zulkifli tu boleh kata dia nyanyi lagu Cinta Kristal lagu Rahim Maroof halal tapi kalau Rahim Maroof nyanyi haram???? Adoi pening lah dengan dia orang ni...
Saturday, 18 February 2012
Tuesday, 7 February 2012
Syukur dilahirkan di Malaysia
Waah...cuti panjang lagi, apa tidaknya Malaysia ni semua perayaan agama & budaya masyarakat pelbagai kaum & agama disambut. Mula jer hari sabtu ramai pemimpin BN atau PR buat open house Tahun Baru Cina, ahad 5.2.2012 adalah hari paling bertuah iaitu sambutan Maulidur Rasul moga tahun 2012 lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Hari Isnin 6.2.2012 pulak hari ke15 untuk sambut Cap goh meh kira ending untuk sambut Tahun Baru Cina. Selasa 7.2.2012 masyarakat India menyambut Hari Thaipusam.., maka ramai lah gi kat Batu Caves. Siapa kata pemimpin kita @ kerajaan BN tidak berjaya mentadbir rakyat pelbagai kaum & agama?
Wednesday, 1 February 2012
CERAMAH HASAN ALI DI SEKSYEN 2, B.B.BANGI
Patutlah PR di Serdang awal2 lagi dah takut dengan kehadiran YB Dato
Dr.Hasan Ali... Malam tadi padang di Balai Pahlawam Seksyen 2 BBBangi dipenuhi oleh orang ramai pelbagai fahaman politik hadir bersesak-sesak untuk mendengar ceramah ROASHOW MASA DEPAN POLITIK BERSAMA YB DATO DR.HASAN ALI.
Hebat sungguh pengaruh YB Dato Dr.Hasan Ali. Seawal jam 8.00 malam dah ramai yang keluar menyebabkan banyak jalan-jalan utama menghala ke Seksyen 2 penuh sesak dan jam. Kawasan ini yang selalunya sunyi disebelah malam dipenuhi oleh malam ini penuh, peniaga pasar malam juga pening tiada pengunjung datang membeli barang dipasar malam kerana semua pergi mendengar ceramah.

Saturday, 28 January 2012
Sabotaj Roadshow YB Dr.Hasan Mohamed Ali
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuba sabotaj kemaraan Dr Hasan dalam memulakan sesi roadshownya di Bandar Baru Bangi apabila 10 banner yang di gantung telah diarahkan turun oleh ahli-ahli majlis MPKj yang menjaga zon-zon di DUN Bangi awal pagi 27 Jan 2011. Banner yang meletakkan gambar YB Datuk Dr Hassan Ali bekas Exco kerajaan pakatan pembangkang Selangor itu menyatakan tarikh dan tempat roadshow itu akan diadakan.
Ini menunjukkan betapa risaunya Menteri Besar Selangor terhadap kemaraan Dr Hassan Ali yang membawa pendekatan IMR iaitu jatidiri dalam mempertahankan Islam termasuk akidah yang kini di permainkan, Melayu sebagai bangsa unggul seperti termaktub dalam perlembagaan telah di perkota-katikkan oleh kepimpinan pembangkang Pakatan Rakyat dan Raja-Raja Melayu sebagai simbol kedaulatan Negeri Selangor dan Negara kita tidak lagi dihormati oleh ramai pemimpin pakatan pembangkang itu.
Mejar(B) Abdul Rahim Mohd Amin yang juga timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang menyatakan bahawa IMR itu alah tunggak kepada perjuangan UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Oleh itu tidak menjadi kesalahan jika usaha RoadShow YB Datuk Dr Hassan Ali ini diberikan ruang untuk rakyat. Maka Bahagian Serdang melihat usaha mengsabotaj publisiti roadshow ini perlu di kecam. Ini menunjukan MB dan kerajaan Selangor yang ada ini kerajaan yang menyekat kebebasan bersuara.
Difahamkan Program anjuran NGO ini adalah dengan sokongan Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) yang telah memilih Seksyen 2, Bandar Baru Bangi sebagai permulaan langkah roadshow bekas exco agama ini. Program ini di jangkan akan dihadiri 10 ribu penduduk Bandar Baru Bangi yang ramai ahli-ahli akdemik, anak-anak muda dan pengundi-pengundi baru yang akan memilih kerajaan pada PRU 13 nanti. Mejar(B) Rahim yakin YB Datuk Dr Hassan akan menceritakan realiti tentang kerajaan Selangor sekarang ini yang selama ini persepsi dan intelektual rakyat telah di pesongkan.
(Gambar: Datuk Dr Hassan Ali bersama Pengerusi Majlis Perundingan Melayu sedang berbincang, Dr Hassan Menyampaikan hasratnya untuk membuat roadshow bermula di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi)

Saturday, 10 December 2011
BR1M: BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN
Hari ini 10.12.2011 tarikh penting kepada semua rakyat/isirumah berpendapatan bawah RM3,000 kebawah untuk mendapatkan dan mengisi Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diseluruh Malaysia. Syaratnya MESTI WARGANEGARA MALAYSIA. Dokumen Wajib: salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera & salinan gaji. Tempoh pendaftaran 10.12.2011 hingga 10.1.2012. Pembayaran dibuat mulai 15.1.2012.
BRIM diumumkan oleh PM semasa pembentangan bajet 2012. Usaha ini merupakan bukti kerajaan amat prihatin dengan permasalahan dan kesejahteraan rakyat.
BRIM diagihkan kepada semua rakyat tidak kira apa parti bukan untuk orang UMNO sahaja malah kepada PAS, PKR, DAP dan yang lain lagi walaupun puak2 pembangkang ini tidak pernah menerima usaha penambahbaikan kerajaan BN secara positif sebalik berusaha untuk mengagalkan semua dasar-dasar kerajaan.
Info untuk penduduk dikawasan Parlimen Serdang, Borang BR1M boleh didapati di
1. Pejabat Penyelaras BN Dun Bangi/Pej.UMNO Bhg Serdang di No.29A, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.
2. Pej.Penyelaras BN Dun Balakong/Pej.MCA Bt.11, Cheras (03-9075 3548/012-3392989)
3. Pej.Penyelaras Bn Dun Seri Kembangan/Pej.MCA Seri Kembangan
4. Ketua Pusat Daerah Mengundi (Ketuan PDM UMNO/BN)
5. Ketua Kampung JKKP
6. Pej. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Hentian Kajang.
7. Sekolah Bandar Baru Bangi
8. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Balakong
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan
Borang BR1M telah pun diedarkan melalui PDM-PDM dan Ketua-ketua Cawangan. Sila cari dan jumpa Ketua PDM atau Ketua Cawangan di kawasan anda untuk mendapatkan borang tersebut. Borang juga boleh didapati di Pejabat UMNO Bahagian Serdang, NO29A, Jalan 4/12, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-8925 5978 / 03-8926 9206 / 03-8926 1489 Fax : 03-8921 1520Waktu Pejabat beroperasi : 9:00pagi - 5:30petang ( Isnin - Jumaat )
Pesanan untuk semua pemohon BR1M jangan GUNA KHIDMAT ORANG TENGAH terutamanya pembangkang, BORANG ADALAH PERCUMA, sila lapor kepada pihak berwajib sekitarnya ada pihak tidak bertanggungjawab menjadi ULAT untuk mengaut keuntungan atas kelemahan orang lain.
Saturday, 3 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)