Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuba sabotaj kemaraan Dr Hasan dalam memulakan sesi roadshownya di Bandar Baru Bangi apabila 10 banner yang di gantung telah diarahkan turun oleh ahli-ahli majlis MPKj yang menjaga zon-zon di DUN Bangi awal pagi 27 Jan 2011. Banner yang meletakkan gambar YB Datuk Dr Hassan Ali bekas Exco kerajaan pakatan pembangkang Selangor itu menyatakan tarikh dan tempat roadshow itu akan diadakan.
Ini menunjukkan betapa risaunya Menteri Besar Selangor terhadap kemaraan Dr Hassan Ali yang membawa pendekatan IMR iaitu jatidiri dalam mempertahankan Islam termasuk akidah yang kini di permainkan, Melayu sebagai bangsa unggul seperti termaktub dalam perlembagaan telah di perkota-katikkan oleh kepimpinan pembangkang Pakatan Rakyat dan Raja-Raja Melayu sebagai simbol kedaulatan Negeri Selangor dan Negara kita tidak lagi dihormati oleh ramai pemimpin pakatan pembangkang itu.
Mejar(B) Abdul Rahim Mohd Amin yang juga timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang menyatakan bahawa IMR itu alah tunggak kepada perjuangan UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Oleh itu tidak menjadi kesalahan jika usaha RoadShow YB Datuk Dr Hassan Ali ini diberikan ruang untuk rakyat. Maka Bahagian Serdang melihat usaha mengsabotaj publisiti roadshow ini perlu di kecam. Ini menunjukan MB dan kerajaan Selangor yang ada ini kerajaan yang menyekat kebebasan bersuara.
Difahamkan Program anjuran NGO ini adalah dengan sokongan Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) yang telah memilih Seksyen 2, Bandar Baru Bangi sebagai permulaan langkah roadshow bekas exco agama ini. Program ini di jangkan akan dihadiri 10 ribu penduduk Bandar Baru Bangi yang ramai ahli-ahli akdemik, anak-anak muda dan pengundi-pengundi baru yang akan memilih kerajaan pada PRU 13 nanti. Mejar(B) Rahim yakin YB Datuk Dr Hassan akan menceritakan realiti tentang kerajaan Selangor sekarang ini yang selama ini persepsi dan intelektual rakyat telah di pesongkan.
(Gambar: Datuk Dr Hassan Ali bersama Pengerusi Majlis Perundingan Melayu sedang berbincang, Dr Hassan Menyampaikan hasratnya untuk membuat roadshow bermula di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi)
No comments:
Post a Comment