Isu SBPA memang hangat menjadi bualan dan ketidakpuasanhati dikalangan 1.3 juta penjawat awam.
Hari ini jam 10.30 pagi di PICC, Putrajaya Perdana Menteri telah mengumumkan SPBA DIBATALKAN dan SSM dikekalkan dengan diadakan penambahbaikan. Oleh itu gaji penjawat awam dinaikan mengikut gred iaitu:-
1. Kenaikan 13% bagi penjawat awam gred 1 hingga 54
2. Kenaikan 9% bagi penjawat awam gred C,B,A
Selain itu, PM juga mengumumkan kenaikan COLA sebanyak RM250.
Keputusan ini diambil oleh kerajaan & PM setelah majoriti penjawat awam tidak berpuashati dengan skim dibawah SBPA yang sepatutnya dinikmati oleh penjawat awam mulai Jan 2012.
Tahniah Perdana Menteri - Dato Sri Najib Tun Razak yang prihatin dengan keluhan dan ketidakpuasahati kakitangan awam.
Thursday, 8 March 2012
Tuesday, 6 March 2012
Pengundi dinasihatkan jangan perjudi nasib negara pd PRU13 nanti
GOMBAK – Pengundi-pengundi dikawasan Gombak dinasihatkan tidak memperjudikan nasib negara dan membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13).
Presiden Jati, Datuk Dr HasanMohamed Ali berkata, rakyat diGombak perlu berfikir sebelum membuang undi dengan memikirkan nasib generasi yang akan datang.
Menurutnya, pengundi harus membuat pilihan atas parti mana yang boleh memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi raja.
"Bolehkah DAP membawa perjuangan Islam, bolehkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parasit dalam Pas mempertahankan Islam, Melayu dan Raja?" kata Hasan sewaktu berucap di Program Roadshow Akidah dan Kuasa Ketiga di Gombak Setia di sini,malamtadi.
Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, pengundi harus memikirkan masa depan ini dengan serius apabila keadaan orang Melayu semakin goyah akhir-akhir ini.
Katanya, hanya mempertahankan Islam, Melayu dan Raja mampu mengatasi kemelut yang dihadapi masyarakat sekarang.
"Sebagai contoh, Pakatan Rakyat (PR) sudah mempunyai gerak bahasa untuk meminda Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan dan keistimewaan Melayu sekiranya mendapat 2/3 majoriti dalam Parlimen.
"Janganlan main-main membuat pilihan dan rakyat yang layak dan belum mendaftar mengundi di harap dapat mendaftar dan keluar mengundi kerana saat ini sangat penting dalam menentukan masa depan negara,"katanya.
(sumber: sinar harian, 6.3.2012)

Friday, 2 March 2012
Pemansuhan Tol Batu 9 & Batu 11 Lebuhraya Grand Saga Cheras-KL
Pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan tol Lebuhraya Grand Saga Cheras-Kajang jelas membuktikan PM/BN mementingkan kesejahteraan rakyat terutamanya mereka yang berulang-alik setiap hari melalui lebuhraya tersebut.
Pemansuhan RM1.00 dari Kajang ke KL di Plaza Tol Batu 9 dan RM0.90 di Plaza Tol Batu 11 dari KL ke Kajang RM0.90 berkuatkuasa tengah malam tadi. Keputusan kerajaan ini akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50% atau pengurangan bayaran tol daripa Rm3.80 kepada Rm1.90 untuk laluan dua hala.
Berita gembira untuk penduduk sekitar Sg.Long, Balakong & H.Langat dalam majlis ini juga PM menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah cina. Sekolah baru ini akan dibina ditanah seluas 2.4 hektar bakal mempunyai 36 bilik darjah dengan kapasiti pelajar 1500 pelajar.
"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini
Kepimpinan yang perlu diteladani oleh semua pemimpin BN bagi memberi keyakian kepada rakyat... BN bukan hanya retorik kosong macam Pakatan Rakyat..
Sunday, 26 February 2012
Konpirasi UMNO lagi ker?
Panasssss.... Moral pemimpin PKR semakin meletup gitu..
Kes serbu bilik no 8365 Swiss Garden adalah kes khalwat. Yang hebatnya, kes ini melibatkan pemimpin kuat PKR ... siapa tak kenal Badrul Amin
Kes berlaku pada 25.2.2012 sah berlaku awal pagi semalam, lebih kurang jam 2 pagi. Kedua mereka dicekup oleh suami perempuan itu sendiri di dalam bilik yang di tempah secara berasingan oleh Badrul Amin. Apabila peguatkuasa agama JAIP sampai, kedua2nya sudah lengkap berpakaian. Bermati-matian kes ini cuba ditutup oleh pucuk pimpinan PKR.

Saturday, 18 February 2012
KONSERT PAS NAK LAWAN ROADSHOW YB DR.HASAN ALI ??
Tengok gaya malam tadi pemimpin PAS macam cuba nak tandingi program Roadshow YB Dr Hasan Ali jer kat Laman Komuniti Seksyen 7 BBB.... tu sebab buat konsert alternatif & santai...
Emmmh tapi yang pasti PAS yang kononnya islam tidak juga dapat mengawal pergaulan orang ramai antara lelaki & perempuan, tidak ada pun pengasingan tempat duduk antara yang jantina???? Penampilan artis berambut panjang..
Jadi apa beza konsert yang biasa2 di anjurkan oleh parti lain??? Yang paling kelakarnya Ust.Zulkifli tu boleh kata dia nyanyi lagu Cinta Kristal lagu Rahim Maroof halal tapi kalau Rahim Maroof nyanyi haram???? Adoi pening lah dengan dia orang ni...

Tuesday, 7 February 2012
Syukur dilahirkan di Malaysia
Waah...cuti panjang lagi, apa tidaknya Malaysia ni semua perayaan agama & budaya masyarakat pelbagai kaum & agama disambut. Mula jer hari sabtu ramai pemimpin BN atau PR buat open house Tahun Baru Cina, ahad 5.2.2012 adalah hari paling bertuah iaitu sambutan Maulidur Rasul moga tahun 2012 lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Hari Isnin 6.2.2012 pulak hari ke15 untuk sambut Cap goh meh kira ending untuk sambut Tahun Baru Cina. Selasa 7.2.2012 masyarakat India menyambut Hari Thaipusam.., maka ramai lah gi kat Batu Caves. Siapa kata pemimpin kita @ kerajaan BN tidak berjaya mentadbir rakyat pelbagai kaum & agama?
Wednesday, 1 February 2012
CERAMAH HASAN ALI DI SEKSYEN 2, B.B.BANGI
Patutlah PR di Serdang awal2 lagi dah takut dengan kehadiran YB Dato
Dr.Hasan Ali... Malam tadi padang di Balai Pahlawam Seksyen 2 BBBangi dipenuhi oleh orang ramai pelbagai fahaman politik hadir bersesak-sesak untuk mendengar ceramah ROASHOW MASA DEPAN POLITIK BERSAMA YB DATO DR.HASAN ALI.
Hebat sungguh pengaruh YB Dato Dr.Hasan Ali. Seawal jam 8.00 malam dah ramai yang keluar menyebabkan banyak jalan-jalan utama menghala ke Seksyen 2 penuh sesak dan jam. Kawasan ini yang selalunya sunyi disebelah malam dipenuhi oleh malam ini penuh, peniaga pasar malam juga pening tiada pengunjung datang membeli barang dipasar malam kerana semua pergi mendengar ceramah.

Subscribe to:
Posts (Atom)