Himpunan Bersih 2.0 untuk apa? Segala tuntutan oleh penganjur BERSIH telah dijawap oleh Pengerusi SPR semasa sesi bual bicara di TV1 pada jam 9.00 malam, 20 Jun 2011. Kenapa memorandum yang ingin diserahkan kepada DYMM Agong tidak buat mengikut saluran biasa?
Jelaslah himpunan ini lebih berniat jahat untuk menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan negara. Himpunan Paling Kotor Dalam Sejarah ini wajar dihalang oleh semua rakyat.
Cuba kita lihat kebenaran dan ketelusan tujuan BERSIH berdasarkan fakta berikut:-
1. Kalau SPR tidak BERSIH kenapa pada PRU12, 5 negeri telah jatuh kepada tangan pembangkang?
2. Adakah perhimpunan ini merupakan taktik paling cepat dan paling kotor untuk cepat menuju Putrajaya?
Cuba bayangkan nasib rakyat jika perhimpunan ini tetap juga diadakan????
Bagaimana dengan nasib peniaga-peniaga disekitar kawasan ini? Urusan perniagaan mereka akan lumpuh sedang sepatutnya cuti hujung minggu mereka mampu memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda..
Pemandu teksi turut akan menerima nasib yang sama tidak dapat megambil penumpang kerana kesesakan lalulintas dan risaukan keselamatan harta dan nyawa mereka.
Jika anda rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan keharmonian yang telah lama wujud seharusnya kita sama-sama menghalang perhimpunan yang tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada diri, agama, bangsa dan negara.